Pelakon drama popular Sembilu Kasih iaitu Julia Hana yang banyak kisah kontroversi sebelum ini khabarnya dah selamat berkahwin dengan seorang ahli perniagaan. Betul ke Julia? Kenapa senyap saja? Tak bagi tahu pun. Tapi menurut sumber yang singgah ke telinga Niezam memaklumkan perkara itu memang benar berlaku. Bukan cerita kosong ataupun rekaan.
Menurut sumber, ahli perniagaan itu berusia dalam lingkungan 40-an. Perkahwinan itu atas dasar suka sama suka.
“Saya boleh mengesahkan yang Julia memang sudah berkahwin dengan ahli perniagaan itu. Minta mana-mana wartawan tolong siasat perkara ini,” kata seseorang.
Apa? Siasat? Tak payah la rasanya nak siasat macam Nas Ahmad Melodi nak terjah artis.
Kalau dia orang kahwin dan nak bagi tahu peminat, biar dia oranglah yang buka mulut sendiri. Lagipun Malaysia ni tak besar mana pun. Pusing-pusing jumpa juga akhirnya. Tapi Niezam selidik juga tentang perkahwinan Julia Hana tu. Kata sumber berkenaan Julia hidup bermadu.
Hai… tak kisahlah bermadu ataupun tidak asalkan mereka berkahwin cukuplah.
Sebelum ini Julia pernah melalui macam-macam kisah sensasi termasuklah kes tarik rambut dengan mak datin di sebuah pusat beli belah tak lama dulu.
Tapi kes berkenaan akhirnya dapat diselesaikan dengan baik. Sumber berkenaan turut minta Niezam pesan kepada Julia Hana supaya jaga diri baik-baik. Maklumlah bukan senang kalau hidup bermadu. Dugaannya macam orang nak naik gunung Everest juga. Silap-silap hari bulan tergelincir jatuh tergolek-golek.
Kepada Julia kalau benarlah dia berkahwin, selamat pengantin barulah. Jaga diri baik-baik ya.
Wednesday, May 20, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment