Wednesday, July 29, 2009

Jadi sebahagian dari Malaysia Book of Record

Kaspersky “Kung Fu” Virus Lab


When?
31 July - 2 August, 2009

Where?
Room 306, 3rd Floor, Kuala Lumpur Convention Centre

What is Kaspersky “Kung Fu” Virus Lab?
Kaspersky “Kung Fu” Virus Lab is an educational workshop specially designed for end users. The 3-day programme held in conjunction with PIKOM PC Fair 2009 is aimed to deliver an exciting and relevant IT security experience at no cost.

The programme is designed in such a way to provide end user with the knowledge needed to identify IT security threats, including viruses, spyware, crimeware, hackers, phishing, and spam with skills and tools to configure own devices.

The ultimate goal of the workshop is to create a community and network of trained IT security individuals is another CSR project by Kaspersky Lab, Malaysia.

Who Should Attend?
Anyone and everyone, as long as you have the passion for IT and care for your own PCs.

Activities Highlights :

FREE Devices Scanning

It will be an attempt entry into Malaysia Book of Records for "Most Number of Devices Scanned". Take part in this free scanning and disinfection of viruses from your own devices.


Maklumat lanjut di: Kaspersky kungfu-Lab

Tuesday, July 28, 2009

Haliza Misbun mengejar Ari Wibowo???























Haliza Misbun tetap mahu memilih Ari Wibowo sebagai hero filem terbarunya. Dia sanggup ke Jakarta semata-mata mahu memujuk Ari untuk berlakon dengannya dalam filem Andartu Terlampau...21 Hari Mencari Suami.

Filem arahan Din CJ itu akan memulakan penggambarannya pada 11 Ogos ini di Kuala Lumpur dan Ari membawakan watak Dr. Ryan Diprojo.

Dengarnya Ari juga begitu seronok dapat berkerjasama lagi dengan Haliza yang sempat bertemu dengan keluarga Ari di sana. Tak percaya, tengok betapa mesranya Haliza dengan anak sulung Ari, Kenzo yang comel dan montel itu.

Dikhabarkan juga selain Ari, Haliza juga menjemput adik iparnya, Awie dan Erra Fazira untuk berlakon bersama. Awie bakal membawakan watak Putera Aziz Al-Biruni manakala Erra Fazira yang muncul sebagai undangan khas menggalas watak Markonah, pembancuh teh yang kecoh dan gila berniaga.

Monday, July 27, 2009

Shazlin, Radhi OAG sah bercerai...


Kes cerai penyanyi Radhi OAG dengan isteri, Shazlin Sharif pagi ini berlangsung dalam susasana agak ‘panas’ apabila Radhi berkata isterinya mahu bercerai kerana telah meniduri lelaki lain.

Suasana mahkamah agak hangat apabila Radhi OAG mendakwa isterinya mahu bercerai kerana telah meniduri lelaki lain. Radhi juga mempunyai bukti yang menunjuk’kan Shazlin Sharif curang sepanjang perkahwinan mereka. Antara yang di’temui Radhi adalah ungkapan cinta ‘ Baby, I Miss You‘ dalam telefon Shazlin, dan ia diakui oleh Shazlin sendiri.

Konon’nya, hubungan curang Shazlin Sharif sudah pun lama diketahui’nya, namun dia sedia memaafkan Shazlin sebab itu hanya’lah SMS. Kata Radhi lagi, lelaki yang menjalan’kan hubungan dengan isteri’nya adalah bekas suami seorang pelakon. Sape la agak nya tu....



Tapi lain pula kisahnya dengan Shazlin.

Dia membantah dakwaan Radhi kerana hubungan tersebut sekadar seorang kawan sahaja. Dia mengakui mempunyai ramai kawan lelaki, tapi tiada yang serius.

Shazlin juga sangat nekad untuk bercerai, kata’nya sudah tiada hati lagi. Manakala, Radhi pula berkata isteri’nya sengaja membuat sumpah sedemikan semata-mata untuk bercerai dengan’nya.

Fuh, gila complicated kes penceraian mereka berdua ni. Tapi, andai betul Shazlin benar-benar jalinkan hubungan dengan lelaki lain, apa salah’nya ceraikan dia terus.

Friday, July 24, 2009

Lagu I’m Yours Jason Mraz Dalam Versi Tempatan oleh Akim AF-7


Sejak menyanyikan lagu penyanyi Inggeris, Jason Mraz, I'm Yours di konsert mingguan AF7 yang lalu, lagu itu telah sinonim dengan diri Akim. Disebabkan lagu itu membawa banyak kenangan manis kepada Akim, dikhabarkan Akim baru saja selesai merakam lagu berkenaan dalam versi unplugged di mana Akim telah main sendiri gitar sambil menyanyi.

rakaman itu adalah untuk sebuah program hari raya yang menarik iaitu Rumah Terbuka AF. Waah... menarik tu. Dimaklumkan juga, Akim bukan sahaja menyanyikan lagu itu dalam bahasa Inggeris tetapi menukarkan liriknya ke bahasa Melayu. Khabarnya, sekali lagi Akim menujukan lagu itu kepada Aishah AF7. Mungkinkah, episod cinta berulang lagi ke sesama bekas pelajar? Sementara itu, Konsert Reunion AF akan pasti berlangsung di Kuching, Sarawak pada 25 Julai ini. Jadi, peminat di Borneo jangan tak turun ramai-ramai ke konsert.

Ex-Tunang Siti Sarah Dengan Amoi



Dengar-dengar sahaja ni dari seorang informer mengatakan dia ternampak Ex-Tunang Siti Sarah, Haris Fuad (nama Islam) dengan minah amoi tengah lunch bersama. Cerita begini, informer ni pergi lunch bersama boss dia kat KFC yang ada dalam GIANT, Nilai. Masa tengah nak mencekik tue, ternamoaklah mat salleh ni tengah makan dengan seorang minah amoi ni (muka ada iras chinese amoi). Minah tue pakai t-shirt dengan seluar pendek atas lutut (mahu menayangkan betis kononnya).

Digambarkan tidak adalah aksi mesra diantara mereka. Tapi kemungkinan besar disyaki mereka sedang bercinta. Kesihan Siti Sarah kan, tak tahulah si Fuad ni masih lagi Islam lagi or dah murtad. Aksi mereka lunch berkenaan tidak sempat diambil gambar kerana informer itu tengah makan bersama bos dia.

Thursday, July 23, 2009

(Gambar) Baby Comel Rosma dan Khai




















Siapa yang tidak kenal dengan bekas pelajar akademi fantasia Khai dan rosma...Mengandung semasa menyertai sehati berdansa.

Rosma selamat melahirkan bayi sulung mereka pada pukul 5.35 pagi 17 Julai 2009 yang lalu di Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah, Bandar Baru Bangi, Selangor. Bayi seberat 2.75kg itu dinamakan Muhammad Amzar Danish (Yang Mulia Dan Bijaksana) yang dilahirkan secara normal dan sihat.


Dengan kehadiran baby comel yang dinantikan semua peminat ini, pasti semakin murah rezeki mereka berdua selepas ini. Tahniah buat Rosma dan Khai. Semoga dapat mencorakkan kain putih menjadi sehelai kain yang cantik berseri penuh warna-warni.


















Black bakal menggantikan Lan Meet Uncle Hussein???


Ada juga terdengar kumpulan Meet Uncle Hussein (MUH) akan dapat pengganti Lan yang dah tidak lagi bersama kumpulan popular itu. Dengar-dengarnya pengganti Lan ialah seorang penyanyi yang juga memiliki nada suara yang tinggi persis Lan. Orangnya ialah Black, juara Mentor 3. Tapi ia bukanlah pasti, hanya khabar yang singgah di telinga sajalah. Kebenaran sebenar belum lagi diterokai sepenuhnya melainkan Black sudah cukup rehat dan kembali memberi kenyataan mengenainya.


"Aku dengar dia orang ada risik Black untuk menggantikan tempat Lan," kata member rapat kepada kumpulan MUH.
Tapi setakat ini kata sumber itu, ia belum diputuskan lagi. Yalah bukan senang nak cari pengganti. Mungkin suaranya sesuai tapi kalau jiwa si penyanyi tidak seiring dengan arus muzik mereka, nanti akan menyusahkan juga. Macam mana dia nak menghayatinya. Semua orang tahu arus muzik yang disukai oleh Black, bukanlah macam muzik MUH.

Tuesday, July 21, 2009

Monahara bakal di saman RM 105 Juta

Monahara Odelia Pinot bakal disaman oleh Tengku Fakhry sebanyak RM105 Juta atau bersamaan Rp290 Milliar atau secara globalnya USD29 Million. Saman dikeluarkan oleh Tengku Fakhry melalui peguamnya yang memfailkannya di Kuala Lumpur.














Saman ini dikeluarkan juga atas fitnah yang dilempar oleh Manohara dan ibunya, Daisy Fajarina kepada Tengku dengan pelbagai sebab yang diragui seperti penderaan seksual dan sebagainya. Kata peguam Tengku, jangan jadikan medan media sebagai tempat untuk memberitahu hal-hal yang pribadi, jika isu ini boleh dikatakan serius maka selayaknya Manohara (peguam) kemukakan di Mahkamah (pengadilan).

Gambar Irma Hasmie Belly Dancing

Pagi Sabtu lalu (18/7), seramai 20 pembaca bertuah Cosmopolitan mendapat peluang untuk mengikuti kelas ‘belly dancing’ bersama aktres jelita Irma Hasmie, bertempat di Celebrity Fitness, Bangsar Village II. Walaupun pertama kali mencuba ‘belly dancing’, namun Irma dan mereka yang hadir dapat mengikuti pergerakan guru tari dengan agak mudah.

Kelas tarian selama sejam itu diikuti dengan sesi ramah mesra dimana pembaca mengambil peluang untuk bergambar dan bertanyakan soalan tentang projek terbaru dan sudah tentunya, perhubungan Irma dengan Nabil. Tidak menghairankan mengapa Irma begitu disenangi semua kerana perwatakannya yang selamba dan mudah di dekati. Walaupun baru berkenalan, namun dia senang bergaul, bergurau senda dan berkongsi sedikit sebanyak tentang hidup.

Bertemu Irma selepas sesi ramah mesra, dia memberitahu walaupun sering bersenam di gim namun dia belum pernah mendaftar untuk mana-mana kelas seperti belly dancing. Sudah lebih tiga tahun dia bergelar ahli Celebrity Fitness. Katanya, semakin meningkat umurnya, dia perlu memberi lebih perhatian kepada kesihatan.

Friday, July 17, 2009

Faizal Tahir kandas ke APM kerana hutang PTPTN

Faizal Tahir
Siapa x kenal dengan artis dan komposer terkenal, Faizal Tahir (gambar) gagal menaiki pesawat untuk menghadiri majlis Anugerah Planet Muzik (APM) 2009 di Jakarta semalam dipercayai akibat tidak menjelaskan hutangnya dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).


Faizal sepatutnya menaiki pesawat bersama beberapa rakan artis seperti Ayu, Dafi dan Aizat pada pukul 3.55 petang menerusi Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di Sepang semalam.


Namun, Faizal satu-satunya artis yang gagal melepasi saringan Imigresen kerana PTPTN sebelum ini telah mengenakan perintah sekatan keluar negara kepada hampir 78,000 peminjam yang tidak menjelaskan hutang.


Usaha mendapatkan komen Faizal, lulusan Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu bagaimanapun gagal kerana beliau tidak menjawab panggilan telefon.


P/s:Dulu kecoh dengan bukak baju…sekarang PTPTN plak.


Wednesday, July 15, 2009

Ustaz Akhil Hay - Maizawati sah bercerai talak satu


Akhirnya.....Penyanyi nasyid dan pendakwah bebas, Akhil Hayy sah menceraikan isterinya, Maizawati Zainal dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah di sini, pukul 11.55 pagi tadi.Akhil, 40, menceraikan Maizawati,33 dalam nada tenang selepas bersalaman memohon maaf."Bahawa saya, Akhil dengan ini menceraikan isteri saya, Maizawati Zainal dengan talak satu," kata Akhil di hadapan Hakim Syarie Mohd Ridhuan Yusof.Kemelut rumahtangga Akhil-Maizawati pernah menjadi perbualan hangat apabila Maizawati setuju membuat pendedahan keretakan rumahtangganya di dalam program 'Nasi Lemak Kopi O' dan Wanita Hari Ini (WHI) di TV3.Dalam kedua-dua program itu, Maizawati mengaku suaminya memang mempunyai hubungan dengan penyanyi Waheeda.Pada 2 Jun lalu, Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah Ipoh, Mohd Ridzuan Mohd Yusof, membenarkan penangguhan kes tuntutan perceraian Maizawati dengan Akhil selepas kedua-dua pihak bersetuju berunding dan menyelesaikan kes itu secara baik sehingga 15 Julai, hari ini.
P/s:Semoga mereka tidak bermusuhan dan bahagia dengan laluan masing2....

Monday, July 13, 2009

Ida Nerina Kian Pulih, Jadi Juri



Keadaan pelakon Ida Nerina yang cedera tulang belakang selepas terjatuh di rumahnya, baru-baru ini kini semakin pulih dan menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan.

Ida kembali bertugas dengan memikul tugasnya sebagai salah seorang juri bagi pertandingan filem pendek, BMW Shorties yang dianjurkan syarikat kereta terkemuka itu.

"Hari ini Ida harus menghadiri bengkel yang dikhususkan untuk juri-juri berkumpul serta berbincang tentang setiap filem pendek yang telah pun menyertai pertandingan yang dijadual berlangsung Ogos depan.

"Buat masa ini, Ida hanya terlibat dengan projek BMW Shorties sahaja. Tentang projek-projek lain yang lasak, ia masih lagi ditangguhkan buat seketika. Ida masih perlu berehat dan mendapatkan rehat secukupnya," kata Fizar(pengurus beliau).

Tentang spekulasi orang ramai terhadap kemalangan itu yang sebenarnya berpunca daripada terjatuh tangga, Fizar berkata, Ida kecewa dengan pelbagai laporan berita dan gosip yang dicetuskan beberapa pihak media.

"Macam-macam cerita tidak benar telah tersebar semata-mata melariskan jualan akhbar dan penerbitan mereka. Mereka telah mendengar daripada sumber yang tidak kukuh dan bukannya datang daripada mulut Ida sendiri.

"Sungguhpun begitu, Ida tetap tersentuh apabila mendapat tahu ramai [peminat sentiasa mendoakan kesihatannya. Malah yang menghantar hadiah pun ada. Berkat doa semua, Ida telah segera pulih," kata Fizar.

Sunday, July 12, 2009

Black Juara Mentor Musin ke-3


Tunjuk ajarku SIFU!!!

Akhirnya rancangan realiti tv Mentor yang diilhamkan oleh tv3 berakhir malam tadi. Mentor musin ke 3 telah berjaya mengcukil bakat baru bagi pelapis2 artis2 kat malaysia nie.

Rancangan ini disiarkan secara langsung oleh Tv3 yang di hostkan oleh Ally Iskandar..Tapi paling best segment terjah mentor oleh Nas Ahmad. Tahniah kepada Black kerana telah berjaya mencuri hati peminat dan dinobatkan sebagai Juara Mentor 3. Black telah memenangi hadiah utama bernilai RM100,000 dan sebuah kereta Kia Spectra 5 manakala sifunya Mas Idayu yang bertungkus-lumus merotan black bagi memastikan mereka bergelar juara telah dianugerahkan oleh penaja sebanyak RM 100,000..

Patah jugak akhirnya rotan tu,dipatahkan oleh black sendiri.

Thursday, July 9, 2009

Tulang Bahu Rosyam Nor Patah Kerana Filem Libas


Terdengar desas-desus mengatakan Rosyam Nor terlibat dengan kemalangan tempoh hari. Beliau di’katakan patah tulang bahu sewaktu berlangsung’nya rakaman filem Libas. Kata mereka yang melihat, kemalangan tersebut berlaku tatkala Rosyam Nor sedang melakukan babak bermain sepak takraw. Rasanya, mungkin beliau tidak biasa bermain sepak takraw.

Apa pun,mari kita doakan agar Rosyam Nor cepat sembuh. AMIN...

Wednesday, July 8, 2009

Chef Wan Dihargai!!!


Pakar masak terkemuka, Chef Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan, telah dinobatkan sebagai Chef TV Selebriti Terbaik Dunia di World Gourmand Cookbook and Media Awards 2009 yang diadakan di Paris, awal bulan ini.Kejayaannya itu bersandarkan kemahiran Chef Wan memasak sambil menghiburkan penonton serta pengalamannya mengendalikan 6,000 rancangan masakan di kaca TV selama 25 tahun berkecimpung dalam dunia masakan.Malah keupayaan chef itu dalam memberi informasi dalam setiap program masakannya dengan gaya tersendiri dan bersahaja menjadi batu pengukur kejayaannya yang diadakan di Comedie Francaise itu. Personaliti Chef Wan yang peramah dan kelakar juga menjadikan beliau calon paling layak mendapat anugerah tersebut pada tahun ini.

Selain itu juga, buku masakannya Sajian Aidilfitri Bersama Chef Wan terbitan Avon Cosmetic Malaysia 2008 juga diiktiraf sebagai buku kutipan amal terbaik pada anugerah berkenaan selepas berjaya terjual sebanyak 150,000 naskah.Apa yang membanggakan, menerusi kategori berkenaan, Chef Wan menewaskan peserta lain dari 23 buah negara yang bertanding.Dalam satu kenyataan Chef Wan yang dikeluarkannya secara online, beliau memanjatkan rasa syukur dengan kejayaannya itu yang dianggapnya sebagai kejayaan di luar jangkaan."Wan rasa terharu ketika mendapat anugerah tersebut.



Tambahan pula ketika itu, Wan mengenakan Baju Melayu siap dengan sampin. Setelah 25 tahun dalam bidang ini, rasanya inilah saat yang sungguh membanggakan Wan," katanya.Pernah berlakon dalam 7 buah filem dan 4 teater, Chef Wan sebelum ini pernah mendapat anugerah fellowship dari University Thames Valley dan bertindak sebagai penasihat masakan Malaysia.



Anugerah World Gourmand Cookbook mula diperkenalkan pada tahun 1995 oleh penulis masakan terkenal Edouard Cointreau dalam memberi penghargaan kepada pakar masakan seluruh dunia selain mempromosikan buku-buku masakan dalam bahasa Inggeris, Cina, Jerman, Sepanyol dan Perancis.Tahun lalu, sebanyak 102 buah negara mengambil bahagian dan Perancis adalah bandaraya ke-3 yang menganjurkan anugerah berprestij ini selepas China dan United Kingdom (UK).

Tuesday, July 7, 2009

Harga Memorial Micheal Jackson Yang Superb













Agak mengejutkan….tiket yang terhad untuk peminat Michael Jackson memberi’kan penghormatan terakhir buat beliau telah menyebab’kan harga tiket tersebut melonjak sehingga mencecah ribuan dollar. Betul ke???

Tapi laman jualan tersebut telah pun di’tutup oleh pihak Ebay - Mungkin kerana harga yang melampau.

Michael Jackson selaku raja Pop, harga tersebut tetap di’beli oleh peminat fanatik’nya. Apa’lah sangat harga $9999.99 berbanding dengan kenangan terakhir bersama Michael Jackson, betul x?Kenangan yang x akan dapat dilupakan.


Sunday, July 5, 2009

(Gambar) Ayu al- Yahya Kekasih Gelap Komposer Ajai










Gambar di’atas ini merupakan gambar lama, tapi di’berikan cerita bernafas baru. Baru-baru ini ada peminat mendakwa Ajai telah keluar berdua bersama Ayu al-Yahya, wanita dalam gambar di’atas & mereka kelihatan mesra. Setelah hubungan Ajai & Aliza Ilyas tidak menemui sebarang perkembangan, nampaknya Ajai seakan-akan memasang langkah selamat supaya tidak menduda lebih lama. Pandai’nya Ajai, better save than sorry. Tidak pasti sama ada wanita ini ada kaitan dengan Scha al-Yahya atau tidak.

Lagi gambar Ayu al-Yahya selepas ini.

Thursday, July 2, 2009

Michael Jackson Autopsy Photo Still Exist, Or Not?

Pukul 12 malam, Sayamendapat tahu mengenai topik pencarian ‘Michael Jackson Autopsy Photo‘ menjadi kata kunci yang menjadi pilihan ramai pembaca seluruh dunia, kata orang memang topik hangat terbakar’lah.Pada mula’nya, terdapat beberapa keping gambar autopsi yang di’katakan milik Michael Jackson - secara tidak langsung menyebab’kan ramai orang berminat untuk melihat gambar tersebut.


Mengambil kira populariti Michael Jackson, saya agak pelik bagaimana gambar tersebut boleh terlepas ke khayalak ramai. Tapi mana tahu kan, mungkin salah seorang doktor yang membuat autopsi tersebut berniat untuk menjual gambar tersebut kepada pihak tabloid, rasa’nya hasil keuntungan tersebut lebih banyak daripada gaji kasar seorang doktor selama seumur hidup’nya.

Namun, masih bukan rezeki anda untuk melihat Michael Jackson Autopsy Photo, E news melaporkan gambar yang tersebar adalah palsu semata-mata.

Wednesday, July 1, 2009

Lan Meet Uncle Hussain Bertunang Julai Ini dan Keluar dari MUH



VOKALIS band indie Meet Uncle Hussain (MUH), Norazlan Rosle atau Lan, 27, yang dijangka bertunang dengan Normala Hassan, 27, pada Julai ini terpaksa menunda majlis pertunangannya sehingga selesai Anugerah Planet Muzik (APM) 2009 di Indonesia yang jatuh pada bulan yang sama.


“Saya dan Mala (Normala) merancang untuk bertunang pada Julai ini.
“Tetapi terpaksa tangguh dulu sebab ada komitmen dengan APM di Indonesia, jadi mungkin akan membuat majlis itu selepas APM selesai,” kata Lan.
Lan dan Mala mula bercinta selepas berkenalan sejak beberapa bulan lalu dan Lan telah memperkenalkan kekasihnya itu semasa ditemui di majlis ‘post-party’ Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008 pada 12 April lalu.


Menurut Lan, dia menyenangi sikap Mala yang sempoi, menyenangkan, beradap dan hormat kepada orang tua.Norazlan juga menyatakan hasratnya untuk keluar dari band MUH.Persembahan terakhir mereka bersama adalah pada 5 Julai. MUH telah dijemput untuk membuat persembahan di KL Muzik Festival di anjurkan oleh Kementerian Seni & Kebudayaan (KEKWA).


Tiket boleh di dapati daripada www.klfestival.org.my