Friday, July 24, 2009

Lagu I’m Yours Jason Mraz Dalam Versi Tempatan oleh Akim AF-7


Sejak menyanyikan lagu penyanyi Inggeris, Jason Mraz, I'm Yours di konsert mingguan AF7 yang lalu, lagu itu telah sinonim dengan diri Akim. Disebabkan lagu itu membawa banyak kenangan manis kepada Akim, dikhabarkan Akim baru saja selesai merakam lagu berkenaan dalam versi unplugged di mana Akim telah main sendiri gitar sambil menyanyi.

rakaman itu adalah untuk sebuah program hari raya yang menarik iaitu Rumah Terbuka AF. Waah... menarik tu. Dimaklumkan juga, Akim bukan sahaja menyanyikan lagu itu dalam bahasa Inggeris tetapi menukarkan liriknya ke bahasa Melayu. Khabarnya, sekali lagi Akim menujukan lagu itu kepada Aishah AF7. Mungkinkah, episod cinta berulang lagi ke sesama bekas pelajar? Sementara itu, Konsert Reunion AF akan pasti berlangsung di Kuching, Sarawak pada 25 Julai ini. Jadi, peminat di Borneo jangan tak turun ramai-ramai ke konsert.

No comments:

Post a Comment