Monday, August 31, 2009

Anak Nora Danish, Rayqal Usia 7 Bulan

Selepas hampir setahun menjalani kehidupan sendirian, akibat dek diceraikan oleh Rizal Ashram Ramli, anak sulung bekas Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Ramli Ngah Talib kehidupan Nora Danish ibu kepada Rayqal yang berusia 7 bulan kini semakin berani menempuhi dugaan hidup tanpa suami. Kata Nora, dia sudah bersedia untuk mencari teman hidup lagi, tapi malangnya, belum ada lagi yang dijumpainya. Rayqal juga makin gemuk dan dewasa, mesti juga mahu kasih sayang seorang bapa.


Saturday, August 29, 2009

Zed Zaidi tiada masa dating


Jika ada masa terluang, Zed Zaidi akan menghabiskan masa terluang tersebut dengan melayan MySpace, Facebook dan blognya. Di sini dia dapat mencurahkan perasaan, kritikan dan pendapatnya tentang industri seni serta digunakannya sebagai platform untuk memperjuangkan haknya bersama teman-teman lain sebagai anak seni dan artis.

Angkara penulisannya di blog, tercetus sedikit kontroversi di antaranya dan pengarah muda Syamsul Yusof beberapa bulan lalu. Bagi Zed, perkara itu merupakan asam garam bila seseorang bergelar artis.
"Sebenarnya masalah itu kecil saja, salah faham dari segi penulisan. Iya-lah saya pun baru bermula nak berjinak dengan dunia penulisan. Saya pun tulis 'straight' je, tiada koma, titik noktah ... jadi bila baca tu, ayat itu telah disalahertikan," jelasnya.
Tambahnya, "Perhubungan saya dan Syamsul okay. Jika jumpa, saya akan tegur. Tapi belum berpeluang lagi sebab masing-masing pun sibuk. Biasanya kawan-kawan artis ni hanya berpeluang berjumpa jika ada 'function'."
Dengan kerjaya seni, bisnes dan blognya, Zed akui tiada masa untuk berdating. Tetapi terus terang dinyatakan ramai gadis yang mendampinginya.
"Kalau nak cari gadis untuk dijadikan isteri, itu kena cari betul-betul. Tapi buat masa ini, susah nak mencari seorang yang boleh menerima jadual saya yang padat dengan kerja dan selalu kena berkejar ke sana sini," katanya. -Gua

Thursday, August 27, 2009

Chef Wan Tetamu Khas Rancangan Oprah Winfrey


Chef wan berpeluang ditemuramah oleh satu-satu’nya pengacara yang paling terkenal di dunia, Oprah Winfrey. Lagi-lagi, Chef Wan juga meraih kejayaan dalam World Gourmand Cookbook and Media Awards 2009 di Paris dengan menewaskan ramai tukang masak yang power dari seluruh dunia. Makin naik saham Chef Wan, tiada niat nak kahwin lagi ker? “Kejayaan saya itu telah dilaporkan dalam New York Times dan disiarkan melalui American Food Network. Mungkin inilah yang telah mendorong pihaknya untuk mengundang saya tampil bersama Oprah. Bagaimanapun masanya tidak tahu bila lagi kerana saya belum mendapat sebarang hitam putih. “Kalau jadi insya-Allah mungkin saya akan tampil dua kali iaitu pada hujung tahun ini atau awal tahun depan, bergantung kepada kesesuaian waktu. Tahu sajalah program itu sangat popular dan tetamu lain pun terpaksa berbaris panjang. Setakat ini kita masih berbincang. “Tunggulah nanti kalau segala-galanya sudah dipastikan saya akan memaklumkan berita gembira ini kepada murai.com.my dan rakan media lain juga,” katanya dengan teruja.

Wednesday, August 26, 2009

Maizawati Akui Kahwin 2 Kali

Ketika ini, masyarakat terus memperkatakan tentang perceraian Akhil Hayy, 40, dan bekas isterinya, Maizawati Zainal, 33, serta perkahwinan terbaru Akhil dengan penyanyi Waheeda, 31. Pelbagai komen dan kritikan telah dilemparkan. Dan ada di antaranya turut menuduh Maizawati yang dulu pernah berkahwin dengan seseorang, telah meninggalkan suaminya itu semata-mata untuk menjadi isteri Akhil!





"Saya perlu bersuara kerana tuduhan saya pernah meninggalkan suami pertama demi untuk hidup bersama Akhil tidak benar sama sekali. Saya tidak tahu dari mana datangnya cerita-cerita karut dan keterlaluan seperti ini. Memang saya sendiri ada terbaca dalam internet tentang gosip ini.
"Sebenarnya, perkahwinan pertama saya dulu berlaku pada usia 17 tahun. Ketika itu, pemikiran saya masih mentah lagi dan saya berkahwin bukan atas kerelaan sendiri tapi atas kehendak keluarga. Apabila perkahwinan itu tidak terjadi atas kerelaan hati, banyak masalah mulai timbul. Akhirnya selepas 3 tahun mendirikan rumahtangga iaitu pada usia saya masuk 20 tahun, kami pun mengambil keputusan untuk berpisah. Hasil perkongsian hidup itu, saya dikurniakan 2 anak yang kini tinggal bersama saya.
"Kebetulan, ketika saya dalam proses hendak berpisah dengan bekas suami pertama itu, secara tidak sengaja, saya dan Akhil telah berjumpa. Pertemuan itu berlaku di sebuah kedai makan. Sebenarnya, saya sudah lama mengenali Akil iaitu sejak dari zaman persekolahan lagi.
"Pada pertemuan itu, Akil kebetulan sedang mencari calon isteri untuk berumah tangga dan saya pula berpisah dengan suami. Selepas bertemu semula, Allah telah membuka hati kami sehinggalah kami mengambil keputusan untuk berkahwin," jelas Maizawati.

Tuesday, August 25, 2009

Azlan & The Typewritter Lari Dari Bayangan MUH




Lan yang dulunya cukup gah dengan band indie, Meet Uncle Hussain (MUH) kini mampu berdiri sendiri. Buktinya, Lan kini bakal muncul dengan single terbaru Kelibat Si Penyair dengan nama yang diberi nafas baru, Azlan & The Typewritter (ATT).

Namun ATT ini bukanlah sebuah band seperti yang dicanangkan sebelum ini, sebaliknya Lan akan bergerak sebagai penyanyi solo dalam album pertamanya ini.

"Nama ATT ni bukanlah band namun hanya metafora kepada perjalanan seni Azlan dan rakan-rakan, namun lebih mudah bergerak solo kerana saya yang akan tanggung segala risiko dan masalah," ujar Lan ketika ditemui di Uncle Chilli's di PJ Hilton.

Lan menjadikan ATT sebagai rujukan kepada keaslian sentuhan ekspresi diri dalam membentuk seni muzik. Album ini menggabungkan elemen futuristic kepada genre Moden Alternatif Indie Rock yang sudah tentunya memberikan kesegaran kepada industri muzik tanah air. ATT juga akan menjadi artis pertama di Malaysia yang membawa band sewaktu persembahan.

"Saya inginkan kebebasan dalam berkarya namun banyak yang harus dipelajari sekarang ini kerana sebelum ini banyak bergantung kepada anggota MUH yang lain," ujarnya yang kini lebih bijak berkomunikasi.

Walaupun pelbagai kontroversi melanda bekas vokalis MUH ini namun baginya yang lebih penting adalah untuk terus komited dalam perjuangan seni. Album single berjudul Peta Minda bakal dipasarkan pada penghujung tahun 2009 ini menjanjikan sesuatu yang istimewa dalam muzik yang diperjuangkan.

Monday, August 24, 2009

Kedai butik oleh Rini AF7


Rini atau nama sebenarnya Zuzafrini Zulkifli sekarang sudah bergelar usahawan muda. Rini sedang sibuk menguruskan jualan baju wanita khususnya untuk mereka yang bertudung secara online pula. Amboi nak saingi Kak Mazkiawati pula ke? Eloklah tu. Untuk perniagaan ini, Rini telah menamakannya sebagai Nona Cantek. Yang penting, diberitahu setiap baju yang dijualnya ini adalah rekaan pilihan Rini sendiri. Dalam erti kata lain, taste Rini sendirilah.

Malah, Rini juga selalu menggayakan rekaan contoh fesyen itu ke beberapa majlis rasmi. Dalam hal ini, pemeniat mesti berbangga dengan Rini masih muda tetapi ada visi menjadi usahawan. Jadi, bagi sesiapa yang mahu meninjau koleksi fesyen Rini itu, anda bolehlah melayari nonacantek.webs.com kerana ia mempunyai segala info tentang bisnes dan rekaan fesyen yang ditawarkan.

P/S: Semoga berjaya....

Sunday, August 23, 2009

Pertunangan Tam Spider Dan Aida


Dalam diam-diam rupa-rupanya penyanyi dan merangkap penyanyi vokalis Spider, Tam Spider sudah pun menjadi tunangan kepada Aida Mustaffa, 28. Keluarga kedua-duanya telah mengadakan majlis pertunangan mereka berdua secara sederhana di Pontian, Johor pada 15 Ogos lalu. Tanpa kehadiran wartawan-wartawan hiburan.

"Bukan tak mahu beritahu pihak wartawan tapi kami mahu mengadakannya secara sederhana. Lagipun baru bertunang. Nanti kalau sudah mahu kahwin, baru boleh beritahu." Kata Tam.
Menurut Tam, mereka akan bernikah selepas raya. Namun, tarikhnya belum ditetapkan. Tambahnya lagi, majlis persandingan akan diadakan di Pontian diikuti di Melaka iaitu di rumah keluarga sebelah ibu Tam. Cerita Tam, dia sudah lama mengenali Aida tetapi hanya bertemu dua atau tiga kali dalam setahun. Baru tahun lepas mereka menjalinkan hubungan yang serius.

Thursday, August 20, 2009

Acha Septriasa Lemah Inggeris



Baru-baru ini adalah dengan berjumpa seorang kawan lama. Dia asyik bercerita pasal gelagat Acha Septriasa di kolej. Apa gelagat Acha? Member kepada kawan itu belajar sama kolej dengan Acha. Bukan sahaja sama kolej malah sama pengajian lagi. Apabila bergaul tu tahulah dia bahawanya Acha lemah dalam penguasaan bahasa Inggeris. Terkejutlah dia sebab dia ingatkan pelakon terkenal macam Acha berabuk bahasa Inggerisnya.

Apabila menyiapkan kerja berkumpulan, bab kerja Acha disiapkan oleh rakan yang sama kumpulan. Bukan kerana Acha menyuruh sebaliknya mereka dengan sukarela membantu kerana tidak mahu markah mereka terjejas. Oh! Macam itu kisahnya. Bukanlah salah Acha, tapi rakan menolong sebab mereka mahukan markah lebih. Agaknya rakan yang menolong itu lebih bijak daripada Acha dan apabila mengetahui Acha ada kelemahan, mereka sedia membantu.

Beruntunglah Acha apabila berganding dengan pelajar yang lebih bijak dan tidak kisah membantu. -ManggaOnline

Tuesday, August 18, 2009

Nieyl Mentor Dapat Anak Perempuan

Masih kenai lagi peserta Mentor musim kedua yang bernama Nurilylia Jailani atau Nieyl yang berkahwin dengan Dazma Shah Daud pada Oktober 2008, kini mereka berdua baru saja dikurniakan seorang cahaya mata sulung, minggu lalu. Bayi comel dan sihat itu dinamakan Damia. Bayi seberat 3.45 kilogram itu dilahirkan Pusat Perubatan Subang Jaya (Subang Jaya Medical Center). Tahniah lah diatas perkhabaran ini tapi gambornyer tak ade plak.

Sunday, August 16, 2009

Akhil Hayy dan waheeda berkahwin.

Tahniah diucapkan pada Akhil Hayy dan Waheeda yang selamat diijabkabulkan pada (16/8) bertempat di Masjid Jamek Ar Rahimah, Kuala Kubu Baru, Selangor. Waheeda menerima mas kahwin sebanyak RM80 dan tujuh dulang hantaran berbalas 11 buat pihak lelaki. Turut hadir di majlis itu, dua anak sulung Akhil Hayy, Siti Numaisarah, 12 dan Sharif Hidayatullah, 11. Mereka berdua dah berbuat macam2 drama menafikan,tapi akhirnya semua terbongkar....

Selamat berbahagia..







Bebaskan' Hadiah Hari Lahir Shila



"Sememangnya pelancaran album sulung adalah hadiah yang paling bermakna sempena birthday Shila yang ke-19 pada hari ini," ujar Shila yang menerima G10 Canon Semi SLR daripada bapanya, ND Lala sempena hadiah hari lahirnya yang jatuh pada 13 Ogos.


Shila tidak dapat menahan sebak tatkala majlis pelancaran apabila mengenangkan pengorbanan keluarga terutama ibunya yang banyak berkorban sepanjang melibatkan diri dalam industri muzik.

"Memang adik-adik Shila yang lain agak terasa kerana perhatian dilebihkan kepada Shila. Pernah sekali Shila terdengar mereka merayu mama untuk memasak walau hanya sambal ikan bilis kerana sudah lama tidak merasa air tangan mama," luahnya apabila ibunya kerap tiada di rumah kerana terpaksa menguruskan perjalanan karier Shila yang semakin berkembang.

Shila kini tampil dengan album dan imej baru yang lebih segar dan remaja. Katy Perry dan Lady Gaga menjadi inspirasi Shila untuk membentuk gaya namun dalam cara yang lebih sopan dan sesuai dengan budaya kita.

"Mama selalu pesan kalau pergi mana-mana mesti nampak macam artis, kena jaga imej dan jangan terlalu simple," kata naib juara One In A Million musim kedua yang kini semakin matang dalam berfesyen.

Shila baru sahaja melancarkan album sulung Bebaskan bersama-sama syarikat rakaman Monkey Bone. Album yang memuatkan 10 buah lagu menampilkan komposer terkenal seperti Aubrey Suwito, Audi Mok, Shazee Ishak dan ramai lagi. Gabungan komposer-komposer ini sememangnya memberikan kelainan dalam industri hiburan tanah air masa kini.

Thursday, August 13, 2009

Umie Aida Bertunang Minggu Ini.

Bagi mereka yang mengenali aktres Umie Aida secara dekat, akan tumpang gembira dengan berita pertunangan dan perkahwinannya dengan ahli perniagaan berpangkat Datuk dan berstatus duda ini. Ini kerana bukan sekali hati Umie dilukai oleh ramai jejaka termasuk aktor tampan yang tidak tahu letaknya nilai cinta suci wanita ini.

Kebetulan, gerak hati semakin kuat mengatakan aktres yang dilahirkan dengan nama Umi Khalsum Rahmad Ali, 36, akan bertunang pada minggu ini.


"Mungkin ya dalam minggu ni saya akan bertunang....namun, lokasi dan tarikh pertunangan itu belum ditetapkan lagi.
Dengan pengesahan ini, Umie bagai mengiyakan desas-desus yang mengatakan dia akan bertunang dengan Datuk K sebelum bulan puasa. Ditanya tentang persiapan majlis pertunangan, Umie menjawab,
"Saya mahu majlis yang lebih ringkas. Kalau nak tahu kena datang dan tengok sendiri."
Ibu kepada dua orang anak iaitu Mohd Daniel Firdaus, 16, dan Mohd Zulhilmy, 15, ini juga memaklumkan yang Datuk K sudah 15 tahun menduda dan mempunyai dua orang anak lelaki. Majlis merisik antara Umie dan 'Datuk K', tokoh perniagaan yang berasal dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang, telah selamat diadakan pada 17 Mei lalu dan dihadiri kaum keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.

Wednesday, August 12, 2009

Ketua kumpulan Rabbani, Asri meninggal dunia



KUALA LUMPUR: Ketua kumpulan nasyid Rabbani, Asri Ibrahim, 40, meninggal dunia di Hospital Pantai, di sini, kira-kira jam 11 pagi tadi kerana sakit jantung.

Allahyarham yang juga penyanyi utama kumpulan itu dilaporkan pengsan ketika mengendalikan program Syahadah musim kelima di Angkasapuri, sebelum dikejarkan ke hospital berkenaan.

(Gambar) Bunga Citra Lestari Girls Day Out!

Bunga Citra Lestari! Anda artis paling terbaik! Begitu selamba hadap memakai baju tidur , bikinis sambil jalan-jalan di Bali. Tanpa segan dan silu beliau memakai sebegini sedangkan dirinya sudah berkahwin. Oh tuhan, Kami ingatkan beliau akan berubah menjadi isteri yang baik. Ops memang baik, cuma kurang menutup aurat.


Tetapi dimanakah Ashraff Sinclair? lagi gambar selepas ini.

Tuesday, August 11, 2009

Akhil Tidak Setuju dengan Maiza


Akhil Tidak Setuju dengan Maiza

Selepas bercerai, Akhil Hayy, 40, dan bekas isterinya, Maizawati Zainal, 33, membawa haluan masing-masing. Akhil meneruskan cita-citanya sebagai penyanyi dan pendakwah bebas manakala Maizawati pula aktif dalam pertubuhan wanita serta menjadi duta produk serta membuka perniagaan tudungnya secara online.



Ketika muncul dalam program raya khas terbitan Astro Oasis, baru-baru ini, dimaklumkan bahawa Akhil sebenarnya kurang bersetuju apabila Maizawati dilantik menjadi duta produk. Katanya, ketika mereka berkahwin dulu, beberapa tawaran telah datang tetapi dia menolaknya kerana tidak mahu Maizawati terdedah kepada masyarakat. Jadi sebagai isteri, Maizawati pun akur dengan kehendak suaminya itu.

Namun sebaik sahaja mereka bercerai, Maizawati telah dilamar beberapa pihak termasuk pertubuhan wanita untuk menjadi jurucakap mereka. Akhil berkata, bekas isterinya itu patut memaklumkan tawaran itu kepadanya terlebih dulu kerana mereka masih lagi dalam edah. Tapi dari sudut lain, Akhil faham Maizawati mahu mencari rezeki untuk dirinya serta anak-anak dan berharap Maizawati akan bahagia dengan jalan yang telah dipilihnya itu. -Murai

Monday, August 10, 2009

Yuna Buat Hal Lagi........


Yuna atau nama sebenarnya Yuna Yunalis juga dikatakan gemar mengelak dan sukar memberi kerjasama kepada teman media. Bila cerita itu menjadi buah mulut ramai, Yuna tampil memberi penjelasan dia dan ianya bukan seperti yang digambarkan.

Jika ada kelapangan, dia tidak akan menolak permintaan teman media. Bagaimanapun, baru-baru ini terdengar Yuna sekali lagi buat perangai bila membatalkan janjinya dengan Astro. Sepatutnya Yuna menyanyi pada majlis sidang akhbar Indahnya Ramadhan, Selasa lalu, tetapi memaklumkan pada penganjur tidak dapat hadir kerana terikat dengan persembahan di Kuantan.

Yang membuatkan orang marah, perkara itu dimaklumkan pada sebelah pagi hari dan majlis berlangsung pada petangnya. Kalam kabut juga dibuatnya, sedangkan sehari sebelum majlis Yuna berjanji akan menyanyi. Kenapa tiba-tiba bagi alasan ada persembahan di Kuantan, kononnya sudah lama berjanji dengan penganjur di sana. Kalau ikutkan, sudah sebulan dia bersetuju dengan tawaran Astro.

Apa dah jadi Yuna, takkan suka-suka hati tabur janji di sana sini kot? Kan dah jadi masalah bila ada pertindihan jadual. Tak pasal-pasal nama sendiri juga yang busuk. Mungkin Yuna boleh jawab hal ini! Yuna Oh Yuna... -Metro

Tuesday, August 4, 2009

Ajai, Liza nikah 15 Ogos


Penyanyi dan komposer popular Ajai dan Liza Ilias akhirnya bakal disatukan sebagai pasangan suami isteri pada 15 Ogos ini. Mereka sudah mula mengedarkan kad undangan kepada rakan media dan jemputan lain.

Majlis pernikahan akan diadakan di Masjid Negeri, Pulau Pinang pada pukul 10.30 pagi dan diikuti jamuan doa selamat di rumah keluarga Liza, (Norliza Ilias) di Kampung Melayu, Air Itam, Pulau Pinang.

Ia sekali gus mematikan gosip liar yang mengaitkan Ajai (Mohd. Faizal Maas) dengan wanita lain selama ini. Mereka sudah lama mengakui hubungan mesra malah pernah merancang bernikah tahun lalu, namun kesibukan masing-masing membuatkan mereka gagal mencari tarikh yang sesuai.

Selamat pengantin baru Mangga Online ucapkan semula kali ini Ajai akan mendapat kebahagiaan baru. Inilah perkahwinan pertama Liza manakala Ajai pernah berkahwn dengan penyanyi Nurul dan memiliki soorang anak, Ayu Nazirah.

Monday, August 3, 2009

Saif rela cium Shahrukh


Bintang Bollywood tersohor, Saif Ali Khan menolak tawaran berlakon filem Dostana bukan kerana filem itu mengandungi elemen gay, tetapi kerana pasangan pelakon suami isteri Abhishek Bachchan dan Aishwarya Rai.

Menurut Saif, ketika dia ditawarkan berlakon filem itu, Abhishek dan Aishwarya juga meraih tawaran yang sama. Sebelum ini, ramai yang menyangka Saif enggan berlakon dalam Dostana kerana isu gay dalam filem itu, tetapi katanya, "Saya tak takut berlakon watak gay. Saya ingat Abhishek dan Aishwarya akan turut berlakon dalam Dostana, jadi saya fikir adakah saya perlu untuk turut berlakon dalam filem itu?" ujarnya ketika muncul dalam program TV, To Catch A Star.

Dostana yang akhir membariskan pelakon terdiri daripada Abhishek, John Abraham dan Priyanka Chopra yang memerlukan Abhishek dan John melakonkan karakter berciri gay.

"Elemen gay dalam Dostana tidak menakutkan. Kenyataannya saya tidak fikir mereka (Abhishek dan John) benar-benar bercium.Kalau sayalah yang berlakon filem itu, saya akan benar-benar bercium," ujarnya.

Apabila diajukan persoalan adakah dia akan tetap melakonkan adegan cium jika dia dan Shahrukh Khan yang berlakon dalam Dostana, jawab Saif: "Ya, kalau Shahrukh yang berlakon, saya akan cium dia!"

Aizat Bukan Miliku, Liyana Jasmay


Sebagai seorang pelakon dan penyanyi popular, Nana tidak terlepas daripada gosip. Salah satu yang menarik perhatian peminat, sudah pastilah kisah percintaannya dengan penyanyi berbakat besar, Aizat. Sumber mengatakan pasangan ini sedang asyik bercinta dan setiap hari mereka sanggup bergayut di telefon berjam-jam lamanya.

Liyana Jasmin atau lebih mesra dipanggil Nana yang ditemui ketika Metadome All Star Road Tour baru-baru ini menjelaskan yang dia tidak mahu mengulas lanjut tentang hubungannya dengan Aizat.
“Cukuplah saya katakan yang kami hanya berkawan baik. Saya tidak mahu mengulas lanjut. Saya bukan jenis yang suka bercerita tentang kisah cinta kepada semua orang. Siapa yang tahu, tahulah. Saya lebih suka berahsia tentang perkara ini. Lebih baik saya bercerita tentang karier saya bukan?”