Thursday, August 13, 2009

Umie Aida Bertunang Minggu Ini.

Bagi mereka yang mengenali aktres Umie Aida secara dekat, akan tumpang gembira dengan berita pertunangan dan perkahwinannya dengan ahli perniagaan berpangkat Datuk dan berstatus duda ini. Ini kerana bukan sekali hati Umie dilukai oleh ramai jejaka termasuk aktor tampan yang tidak tahu letaknya nilai cinta suci wanita ini.

Kebetulan, gerak hati semakin kuat mengatakan aktres yang dilahirkan dengan nama Umi Khalsum Rahmad Ali, 36, akan bertunang pada minggu ini.


"Mungkin ya dalam minggu ni saya akan bertunang....namun, lokasi dan tarikh pertunangan itu belum ditetapkan lagi.
Dengan pengesahan ini, Umie bagai mengiyakan desas-desus yang mengatakan dia akan bertunang dengan Datuk K sebelum bulan puasa. Ditanya tentang persiapan majlis pertunangan, Umie menjawab,
"Saya mahu majlis yang lebih ringkas. Kalau nak tahu kena datang dan tengok sendiri."
Ibu kepada dua orang anak iaitu Mohd Daniel Firdaus, 16, dan Mohd Zulhilmy, 15, ini juga memaklumkan yang Datuk K sudah 15 tahun menduda dan mempunyai dua orang anak lelaki. Majlis merisik antara Umie dan 'Datuk K', tokoh perniagaan yang berasal dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang, telah selamat diadakan pada 17 Mei lalu dan dihadiri kaum keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.

No comments:

Post a Comment