Monday, August 24, 2009

Kedai butik oleh Rini AF7


Rini atau nama sebenarnya Zuzafrini Zulkifli sekarang sudah bergelar usahawan muda. Rini sedang sibuk menguruskan jualan baju wanita khususnya untuk mereka yang bertudung secara online pula. Amboi nak saingi Kak Mazkiawati pula ke? Eloklah tu. Untuk perniagaan ini, Rini telah menamakannya sebagai Nona Cantek. Yang penting, diberitahu setiap baju yang dijualnya ini adalah rekaan pilihan Rini sendiri. Dalam erti kata lain, taste Rini sendirilah.

Malah, Rini juga selalu menggayakan rekaan contoh fesyen itu ke beberapa majlis rasmi. Dalam hal ini, pemeniat mesti berbangga dengan Rini masih muda tetapi ada visi menjadi usahawan. Jadi, bagi sesiapa yang mahu meninjau koleksi fesyen Rini itu, anda bolehlah melayari nonacantek.webs.com kerana ia mempunyai segala info tentang bisnes dan rekaan fesyen yang ditawarkan.

P/S: Semoga berjaya....

1 comment:

  1. terima kasih..amin!Sepanjang bulan Ramadhan, Rini juga open market di Downtown kajang. (berhadapan sate Samuri). Perniagaan bermula jam 10 mlm hingga 1.30 pagi. Kepada sesiapa yang berminat,boleh lihat sendiri koleksi baju yang ada di sana.^_^

    ReplyDelete