Tuesday, August 25, 2009

Azlan & The Typewritter Lari Dari Bayangan MUH




Lan yang dulunya cukup gah dengan band indie, Meet Uncle Hussain (MUH) kini mampu berdiri sendiri. Buktinya, Lan kini bakal muncul dengan single terbaru Kelibat Si Penyair dengan nama yang diberi nafas baru, Azlan & The Typewritter (ATT).

Namun ATT ini bukanlah sebuah band seperti yang dicanangkan sebelum ini, sebaliknya Lan akan bergerak sebagai penyanyi solo dalam album pertamanya ini.

"Nama ATT ni bukanlah band namun hanya metafora kepada perjalanan seni Azlan dan rakan-rakan, namun lebih mudah bergerak solo kerana saya yang akan tanggung segala risiko dan masalah," ujar Lan ketika ditemui di Uncle Chilli's di PJ Hilton.

Lan menjadikan ATT sebagai rujukan kepada keaslian sentuhan ekspresi diri dalam membentuk seni muzik. Album ini menggabungkan elemen futuristic kepada genre Moden Alternatif Indie Rock yang sudah tentunya memberikan kesegaran kepada industri muzik tanah air. ATT juga akan menjadi artis pertama di Malaysia yang membawa band sewaktu persembahan.

"Saya inginkan kebebasan dalam berkarya namun banyak yang harus dipelajari sekarang ini kerana sebelum ini banyak bergantung kepada anggota MUH yang lain," ujarnya yang kini lebih bijak berkomunikasi.

Walaupun pelbagai kontroversi melanda bekas vokalis MUH ini namun baginya yang lebih penting adalah untuk terus komited dalam perjuangan seni. Album single berjudul Peta Minda bakal dipasarkan pada penghujung tahun 2009 ini menjanjikan sesuatu yang istimewa dalam muzik yang diperjuangkan.

No comments:

Post a Comment