Monday, July 13, 2009

Ida Nerina Kian Pulih, Jadi Juri



Keadaan pelakon Ida Nerina yang cedera tulang belakang selepas terjatuh di rumahnya, baru-baru ini kini semakin pulih dan menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan.

Ida kembali bertugas dengan memikul tugasnya sebagai salah seorang juri bagi pertandingan filem pendek, BMW Shorties yang dianjurkan syarikat kereta terkemuka itu.

"Hari ini Ida harus menghadiri bengkel yang dikhususkan untuk juri-juri berkumpul serta berbincang tentang setiap filem pendek yang telah pun menyertai pertandingan yang dijadual berlangsung Ogos depan.

"Buat masa ini, Ida hanya terlibat dengan projek BMW Shorties sahaja. Tentang projek-projek lain yang lasak, ia masih lagi ditangguhkan buat seketika. Ida masih perlu berehat dan mendapatkan rehat secukupnya," kata Fizar(pengurus beliau).

Tentang spekulasi orang ramai terhadap kemalangan itu yang sebenarnya berpunca daripada terjatuh tangga, Fizar berkata, Ida kecewa dengan pelbagai laporan berita dan gosip yang dicetuskan beberapa pihak media.

"Macam-macam cerita tidak benar telah tersebar semata-mata melariskan jualan akhbar dan penerbitan mereka. Mereka telah mendengar daripada sumber yang tidak kukuh dan bukannya datang daripada mulut Ida sendiri.

"Sungguhpun begitu, Ida tetap tersentuh apabila mendapat tahu ramai [peminat sentiasa mendoakan kesihatannya. Malah yang menghantar hadiah pun ada. Berkat doa semua, Ida telah segera pulih," kata Fizar.

No comments:

Post a Comment