VOKALIS band indie Meet Uncle Hussain (MUH), Norazlan Rosle atau Lan, 27, yang dijangka bertunang dengan Normala Hassan, 27, pada Julai ini terpaksa menunda majlis pertunangannya sehingga selesai Anugerah Planet Muzik (APM) 2009 di Indonesia yang jatuh pada bulan yang sama.
“Saya dan Mala (Normala) merancang untuk bertunang pada Julai ini.
“Tetapi terpaksa tangguh dulu sebab ada komitmen dengan APM di Indonesia, jadi mungkin akan membuat majlis itu selepas APM selesai,” kata Lan.
Lan dan Mala mula bercinta selepas berkenalan sejak beberapa bulan lalu dan Lan telah memperkenalkan kekasihnya itu semasa ditemui di majlis ‘post-party’ Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008 pada 12 April lalu.
Menurut Lan, dia menyenangi sikap Mala yang sempoi, menyenangkan, beradap dan hormat kepada orang tua.Norazlan juga menyatakan hasratnya untuk keluar dari band MUH.Persembahan terakhir mereka bersama adalah pada 5 Julai. MUH telah dijemput untuk membuat persembahan di KL Muzik Festival di anjurkan oleh Kementerian Seni & Kebudayaan (KEKWA).
Tiket boleh di dapati daripada www.klfestival.org.my
No comments:
Post a Comment