Sunday, September 27, 2009
Nora danish ayu bertudung
Pelakon janda anak satu, Nora Danish sememangnya masih lagi comel dan cantik.. Lagi comel bila Nora Danish bertudung dan tak mendedahkan auratnya sana sini dan boleh menjadi icon kepada peminatnya. Namun malangnya ianya cuma boleh dilihat apabila dia berlakon dalam slot Lagenda Sumpahan Puteri Bunian mulai 30 September 2009, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 4.30PM, TV3.
Tuesday, September 22, 2009
Amy search di kurniakan anak lelaki
Tahniah buat Amy search. Seusia 50 tahun, atas pentas masih lagi bertenaga, atas katil siapa yang tahu. Hehe. Itulah yang terjadi apabila, Norish, isteri kepada Amy Search, melahirkan anak ketiga mereka pada (17/9), jam 3.55 petang di Hospital Gleneagles, Ampang. Amy dan Norish mendapat anak lelaki. Bayi yang sihat dan comel itu seberat 3.5kg dan diberikan nama yang betul-betul Islamic, QaQa At-Tameemi yang bermaksud 'ruang kesempurnaan'. Tahniahlah atas kelahiran zuriat ini, semoga berserilah Raya tahun ni.
Thursday, September 17, 2009
Lisa Surihani berwajah seri dengan Tudung
Wednesday, September 16, 2009
Faizal tahir cedera dan terpaksa rehat 6 bulan
Berita terbaru tentang Faizal tahir. "Superman" aka Faizal Tahir bakal menjalani pembedahan pagi kelmarin ini (17/9/09) di Hospital Prince Court, Kuala Lumpur. Faizal dikatakan telah mengalami kecederaan pada lutut yang pernah cedera sebelum ini ketika bermain sukan futsal bersama rakan-rakannya. Dengan pembedahan ini, Faizal dijangka akan terpaksa berehat buat jangkamasa sehingga enam bulan. Ini sekaligus bermakna proses rakaman album terbaru beliau yang diterbitkan Audi Mok akan turut tergendala.
semoga beliau cepat sembuh...
Hubungan Kami Tak Dirancang Tapi Ikhlas
"Kalau ikutkan sudah beratus hari saya mencari isteri. Tapi bakal isteri saya memang hot," ujar Fahrin berseloroh.
Itulah kata-kata yang keluar dari mulut jejaka idaman Malaya, Fahrin Ahmad mengenai teman barunya, Scha Alyahya.
"Orang tua pernah berpesan kepada saya jika berkawan jangan lama-lama, nanti jadi perkara yang tak elok. Saya ambil iktibar daripada pengalaman lalu dan ada benarnya pesanan itu. Lagipun umur saya sudah 30 tahun, jika diberi pilihan saya akan tamatkan zaman bujang bersama Scha kurang daripada dua tahun.
"Setiap apa yang berlaku sebelum ini merupakan proses pembelajaran. Apa yang dapat disimpulkan hubungan kami berjalan tanpa dirancang namun ikhlas," ulas Fahrin jujur.
Fahrin antara teman yang paling memahami Scha tatkala temannya itu dirudum kesedihan dan sering dibayangi bekas teman tapi mesra Fahrin, Linda Onn.
"Memang saya sudah lali dikaitkan sebegitu rupa namun dalam hal ini, saya paling kasihankan Scha. Kenapa masih nak kaitkan dengan Linda sedangkan hubungan itu sudah lama terputus. Saya lihat tekanan media kepada Scha sangat berat. Nilai berita yang ada pada Scha sangat tinggi sehinggakan hampir setiap hari ada sahaja berita mengenainya dikeluarkan.
"Saya hanya mampu menyokong dan menasihatkannya ini adalah harga yang harus dibayar setelah bergelar artis. Namun janganlah sampai mengorbankan diri. Saya beritahu dia kalau awak tengok ini sudah cukup berat, akan ada lagi yang lebih hebat daripada ini," katanya yang berpakaian sedondon dengan Scha.
Hubungan cinta mereka dikuatkan lagi dengan gandingan bersama dalam Sehati Berdansa.
"Sejujurnya saya amat terperanjat apabila tahu akan digandingkan bersama Scha kerana saya ingatkan Linda Onn masih dikekalkan. Saya harap peminat dapat melihat ini dari sudut perkembangan positif dalam kerjaya kami berdua. Mungkin ini juga adalah kesinambungan daripada iklan Celcom kami namun saya bersyukur kerana masih dikekalkan.
"Saya memang agak resah apabila pihak Astro luahkan keinginan hasrat untuk mengambil Scha menggantikan Linda, namun saya serahkan kepada Scha untuk membuat keputusan. Cuma harapan terbesar agar perkara ini tidak dijadikan bahan spekulasi atau provokasi," kata Fahrin.
Fahrin menegaskan dirinya pernah melalui pengalaman yang mencabar dalam percintaan, dan tidak gusar jika terjadi perbalahan sekiranya digandingkan bersama.
"Jika cabaran dan dugaan berada pada tahap yang sama, saya pasti dapat pikul berdasarkan kepada pengalaman lalu," ujarnya sambil tersenyum.
Monday, September 14, 2009
Tomok teringin untuk berlakon.
Memulakan karier bersama New Boys, Shah Indrawan atau lebih dikenali dengan nama Tomok kini mengorak langkah lebih jauh setelah berjaya memenangi One In A Million (OIAM) 3.
"Terpulang kepada peminat nak menilai sejauhmana kemampuan Tomok kerana Tomok sudah buktikan dalam OIAM3 dengan imej dan muzik yang sangat berbeza. So tak timbul soal sama seperti dulu atau tidak. Apa yang penting Tomok cuba buat kelainan," katanya.
Tampil solo dalam album terbaru kerana baginya kini imej yang dicipta jauh berbeza dengan penampilan sewaktu bersama kumpulan yang popular dengan lagu Sejarah Mungkin Berulang itu.
"New Boyz masih lagi bergerak seperti dulu namun Tomok lebih menumpukan untuk bergerak solo. Selain itu, Tomok ada menerima tawaran berlakon dan memang Tomok teringin nak mencuba sesuatu yang baru walaupun pernah berlakon beberapa telemovie dan drama sebelum ini.
"Selagi tak cuba, Tomok pun tak tahu sejauh mana bakat lakonan yang ada. Memang Tomok ada pengalaman berlakon tapi belum mencapai tahap yang boleh dibanggakan dan kalau boleh Tomok nak cuba semua watak. Namun fokus utama tetap kepada nyanyian dan Tomok pun ada menulis lagu untuk album sendiri," ujar Tomok tersenyum.
Tomok lebih senang membicarakan soal karier berbanding kisah cintanya, namun mengakui dirinya kini sedang rapat dengan seseorang.
"Teman Tomok bukan daripada kalangan orang industri ini. Tomok lebih senang fokus kepada karier kerana Tomok bekerja keras untuk dapat apa yang ada sekarang ini," ujarnya ringkas.
Ahmad Busu Pi Mai Pi Mai Tang Tu Diserang Strok, kini di PPUM
Ini kalau bagi budak-budak tengok tajuk cerita ni pun mereka tak tahu. Walau bagaimanapun sudah lama kami tak lihat beliau muncul di TV3, sebab kami pun tak berapa tengok TV, asik mengadap PC je.hehe! Tapi tak apa, kami doakan yang terbaik untuk Ahmad Busu supaya terus bersemangat melawan Strok yang kami tahu ia adalah serangan yang paling berbahaya kerana ia menyerang otak manusia seperti kes Yasmin Ahmad. Harap Ahmad Busu dapat kembali sihat seperti sediakala. Buat pengetahuan semua ,beliau mempunyai anak bongsu yang kini sudah berusia 5 tahun.
Sunday, September 13, 2009
Farid Kamil Mahukan Penjelasan
Walaupun telah mengorak langkah lebih jauh dalam industri perfileman dengan mengarah filem pertamanya di bawah Metrowealth berjudul V3 Samseng Jalanan. Nasib kelihatan tidak menyebelahi anak kelahiran Kedah ini apabila filem pertama arahan beliau diharamkan penyiarannya. Tetap menegakkan pendiriannya mahukan penjelasan lanjut daripada pihak terlibat.
"Saya mengharapkan satu alasan yang munasabah jika benar filem itu tidak boleh ditayangkan kepada umum. Diharap jawapan tersebut biarlah logik supaya saya boleh jelaskan kepada orang ramai sebab sebenar.
"David pernah berseloroh menyuruh saya menyimpan sahaja filem tersebut dalam peti ais. Apa yang saya tahu, filem ini tidak mendapat sebarang kelulusan kerana ianya masih di peringkat pemantauan. Saya akan bertemu Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri untuk berbincang lanjut.
"Saya masih tidak berpuas hati kerana pengharaman dibuat tanpa sebarang dokumen hitam putih. Filem saya dinilai dua kali namun ianya tetap diharamkan," ujar Farid meluahkan rasa tidak puas hati kepada ManggaOnline.
Namun di sebalik pengharaman itu, Farid mengambil iktibar dan pengalaman daripada Aziz M.Osman di mana pengarah tersebut juga pernah mengalami nasib yang serupa di awal pembabitan beliau dalam pengarahan filem.
"Kena ban adalah perkara biasa. Mungkin saya juga harus hadapi perkara yang sama macam Aziz M.Osman," ujar Farid yang telahpun membentangkan projek filem beliau seterusnya.
Walaupun sehingga kini telah membintangi filem di antaranya Anak Halal, Rempit, Estet dan sebagainya, Farid Kamil mengakui dirinya masih memerlukan bimbingan pelakon senior untuk memajukan kariernya. Bak resmi padi, semakin berisi semakin menunduk, begitu juga dengan bekas pelajar UITM Shah Alam ini, mengakui dirinya tidak mampu melihat lakonan sendiri di dalam setiap filem yang dibintanginya.
"Makin lama saya jadi malu bila lihat lakonan sendiri terutama dalam filem Estet. Saya pun tak pasti kenapa, yang pastinya banyak yang perlu diimprove setakat ni.
"Dari dulu sebenarnya saya malu tapi pendamkan sajalah sebab saya baru lagi dan taknak banyak cerita," ujar Farid Kamil berseloroh.
Pengalaman Raya
"Pernah ketika saya di tingkatan empat, saya excited sangat nak pakai baju raya malam sebelum Aidilfitri. Nak dijadikan cerita saya terjatuh motor pada malam itu dan habis baju raya saya koyak. Terpaksalah pakai juga baju yang sama di pagi raya kerana itulah satu-satunya baju yang saya ada.
"Tahun ini saya akan balik kampung tanpa insan istimewa, mak saya pun suruh habiskan degree dulu then baru fikir pasal kahwin. Saya target umur 30 baru saya akan berumahtangga," ujarnya yang akan beraya bersama keluarga di Alor Setar.
Aliff aziz mohon maaf tentang isu cium
Pasti ramai yang tidak sangka penyanyi kelahiran Singapura yang nampak seperti budak baik ini boleh terlibat dengan perkara sebegitu. Jadi, hendak tahu apa reaksi Aliff dengan penyebaran gambar-gambar tersebut? Ketika dihubungi, Aliff mengakui gambar-gambar tersebut memang dirinya dan dia berasa cukup menyesal dengan apa yang telah terjadi.
“Saya akui yang saya telah melakukan kesilapan yang cukup besar. Sejujurnya, saya berasa amat menyesal dengan apa yang telah terjadi. Memang sukar untuk saya gambarkan betapa menyesalnya saya dengan luahan kata-kata, tetapi saya amat berharap semua pihak yang tersinggung dapat memaafkan saya,” luah Aliff dengan nada cukup kesal.Apabila ditanya tentang wanita di dalam gambar tersebut, Aliff enggan mengulas lebih lanjut.
“Sebenarnya saya tidak mahu menjelaskan perkara ini secara terperinci kerana saya tidak mahu panjang-panjangkannya. Siapa wanita dalam gambar itu tidak penting. Lagipun saya juga tidak begitu mengingati di mana dan bila gambar ini diambil. Mungkin dua atau tiga bulan lepas. Apa yang pasti ia berlaku di Singapura.
“Selain itu, saya juga tidak mahu menyalahkan sesiapa dengan penyebaran gambar-gambar itu. Saya tidak mahu cakap sama ada ini adalah sabotaj atau kerana sifat dengki seseorang. Saya yang bertanggungjawab sepenuhnya dengan apa yang terjadi. Sebab itulah, saya benar-benar kesal dan mengharapkan peminat-peminat saya dapat memaafkan diri ini.
“Sebagai manusia biasa, saya juga tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Insiden ini pasti akan saya ingati sampai bila-bila. Saya akan jadikannya pengajaran dan pastikan perkara sebegini tidak akan berulang. Ini adalah yang pertama dan terakhir,” janji Aliff lagi.Diharapkan dengan penjelasan Aliff ini, peminat-peminat di luar sana dapat membuat pertimbangan yang sewajarnya. Untuk pengetahuan semua Aliff sekarang ini sedang berada di Kuala Lumpur kerana sedang sibuk dengan proses pembikinan album terbarunya.
Sempena Aidilfitri yang bakal menjelang, Aliff ingin menyampaikan salam Aidilfitrinya kepada semua dan berharap sempena bulan yang mulia ini semua pihak dapat memaafkan dirinya dan sentiasa menyokong karier seninya.
Umie Aida dan Erra fazira jual air..
Semalam (13/04/2009) bersamaan dengan 23 Ramadhan 1430 Hijrah, di Kampung Baru, Erra dan pelakon Umie Aida menjayakan acara 'Istimewa Bersama Erra Fazira dan Umie Aida D' Gerai Juz Jumbo Suria FM dari 5.30p.m. hingga 6.30p.m. Kehadiran dua selebriti tersebut telah memecahkan rekod jualan minuman empat jenis perisa strawberi, laici, kiwi dan mangga.
Menurut Engku Emran yang turut hadir menjayakan acara tersebut, sebanyak 350 cawan dijual dalam tempoh sejam kehadiran isteri dan Umie tersebut.
"Orang ramai memberikan sambutan yang sangat menggalakkan hari ini sampai cawan dan air habis dijual," katanya.
Tuesday, September 8, 2009
Ashraff Muslim raya di Mekah
Ashraff akui sejak kecil lagi sudah menyimpan hasrat untuk ke Mekah. Kini apa yang diidamkannya sudah menjadi kenyataan.
"Alhamdulillah apabila ada rakan yang tahu saya ingin ke tanah suci, mereka turut memberi panduan kepada saya agar tidak menghadapai masalah semasa di sana," kata Ashraff kepada Mangga Online beberapa hari sebelum berangkat.
Ashraff berangkat ke Madinah dahulu pada 6 September lalu. Setelah beberapa hari menziarah makam Nabi Muhammad S.A.W di Masjid Nabawi dan tempat-tempat bersejarah di Madinah, Ashraff dan rombongan Andalusia Travel ke Mekah pula untuk mengerjakan umrah.
Ashraff juga bercerita kepada Mama Juwie pasal persediaannya mengerjakan umrah yang disiarkan dalam majalah Mangga keluaran terbaru (Oktober 2009). Kalau ada yang rindu dengan tulisan Mama Juwie boleh mendapatkan majalah Mangga kerana Mama kembali sebagai penulis tamu majalah hiburan untuk remaja itu.
Mangga juga kembali dengan wajah baru dengan pengisian yang merangkumi pelbagai topik termasuk kisah masyarakat dan kisah-kisah teladan. Antaranya kisah penyesalan seorang pelacur tua di sebuah negeri.
Monday, September 7, 2009
Cico Akui Masih Bersosial
Walaupun telah bergelar bapa kepada seorang anak, Cico Harahap mengakui kehidupannya masih tidak banyak berubah berbanding dulu.
"Jika dulu saya sering ke kelab hiburan untuk melepaskan tekanan, sekarang kehidupan saya masih begitu. Namun saya mengamalkan cara hidup yang sihat dan tak mengambil benda yang tidak sepatutnya.
"Saya juga tak mengambil kisah apa orang nak cakap kerana saya happy dengan kehidupan sekarang dikelilingi isteri dan anak tercinta," akui Cico jujur.
Beliau mengakui hakikat dirinya kini terikat dengan tanggungjawab antara keluarga dan juga karier, namun seronok dengan tugas baru yang digalas selepas dikurniakan anak perempuan lapan bulan lalu, Rindu Norfitrah.
"Keluarga buatkan hidup saya semakin sempurna dan bermakna. Rindu buat saya sentiasa melekat di rumah, jika keluar sekalipun pasti hati meronta-ronta nak balik rumah. Jika rindu sangat saya akan menelefon hanya untuk mendengar suaranya. Nama Rindu diberi kerana kami sekeluarga amat gemarkan perkataan klasik.
"Alhamdulillah, walaupun isteri baru pertama kali menunaikan ibadat puasa, namun dia tak banyak karenah dan mengikut apa yang ditetapkan Islam. Isteri berasal dari Thailand dan dia faham Bahasa Melayu tapi masih tak dapat menuturkannya dengan baik," tutur Cico yang merancang akan menyambut Aidilfitri di Kuala Lumpur bersama ibu dan keluarganya.
Walaupun baru dua tahun mendirikan mahligai dan dikurniakan seorang cahayamata, namun Cico menjelaskan beliau berserah sepenuhnya kepada Allah soal zuriat dan tidak pernah meletakkan sebarang target kerana bimbang apa yang dirancang tidak menjadi.
"Dulu ibu saya juga begitu, merancang untuk mendapatkan anak yang ramai namun tak ada rezeki. Jadilah saya anak tunggal dan memang saya tak dapat lari daripada perasaan sunyi bila berseorangan," ujarnya yang kini aktif berlakon dalam Biru Cinta Laguna, Teater Mahsuri dan Rias Mutiara.
Sunday, September 6, 2009
Sharifah Amani dan gavin bercinta
Nampak gayanya, Gavin benar-benar serius untuk mempelajari tentang agama Islam dan budaya Melayu apabila di kongsi Nani yang jejaka Scottish-Welsh itu belum lagi gagal berpuasa. Malah dia akan bersama Nani sekeluarga menyambut Hari Raya. Sudah ditempah pun sepasang baju Melayu.
Friday, September 4, 2009
Maizawati Kini Rakam Lagu
Kini nama Maizawati Zainal juga dikenali ramai. Daripada seorang suri rumah biasa, Maizawati atau Myza menjadi sebutan peminat hiburan. Apatah lagi kisahnya beberapa kali menjadi paparan muka depan akhbar. Semuanya gara-gara krisis rumah tangga dengan pendakwah dan penyanyi terkenal Akhil Hayy sehingga membawa kepada perceraian mereka. Akhil akhirnya menikahi Waheeda, wanita yang disebut oleh Myza sebagai penyebab keruntuhan rumah tangga Myza. Namun dinafikan oleh Akhil sebelum ini.
Nampaknya Myza juga memilih bidang seni sebagai penyambung kehidupannya. Sejauh mana kemampuan Myza tidak bolehlah dibuat penghakiman sekarang sebab produknya belum dihasilkan. Tunggulah apabila album yang berkonsep world music itu siap. Nampaknya Myza akan berentap dengan Waheeda sebab konsep muzik yang sama. Myza juga menyelitkan sebuah lagu bertema hari raya dalam album sulungnya yang bakal dipasarkan tidak lama lagi. Beliau memulakan rakaman pada 2 September lalu.
Thursday, September 3, 2009
Cinta Awal Ashaari di tolak...
Pelakon, Awal Ashari kini mengakui dirinya sudahpun menjadi milik seseorang. Walaupun masih dalam proses mengenal hati budi, namun jejaka berusia 28 tahun ini menyifatkan dirinya cukup bertuah dapat mendekati gadis idamannya selama dia hidup.
"Awal pernah cuba tackle dia dua tahun lepas tapi dia menolak. Awal berhenti hubungi dia seketika dan beberapa bulan lepas kami berjumpa semula dan Awal cuba kembali untuk tawan hati dia dan syukur dia dapat menerima diri Awal seadanya.
"Awal terpikat sebab dia seorang yang sangat independent, bukannya jenis yang mengada-ngada dan sangat berbeza daripada sifat Awal yang manja ni. Sebelum ini memang Awal ada rapat dengan beberapa artis wanita, namun hati belum terbuka untuk bercinta. Kebetulan dia datang pada waktu dan masa yang tepat sehingga hati Awal jadi berbunga-bunga menerima kehadirannya dalam hidup," katanya yang hampir tiga tahun bergelar solo selepas putus cinta pada 2006.
Wednesday, September 2, 2009
Anang Ceraikan Kris Dayanti Dengan Talak Tiga
“Aku bukan pemimpin dia lagi, kerana dia sudah memiliki pemimpin lain. Sekarang aku sudah tidak lagi peduli dengan hal dia. Dia mahu tunggang terbalik, dia mahu meloncat-loncat, silakan saja kerana aku sudah tidak peduli lagi dengan dia,”
itulah kata-kata Anang dengan nada yang sedih tentang hubungan beliau dengan Kris Dayanti kepada media. Kris Dayanti telah dicerai talak tiga oleh suaminya iaitu Anang pada 19 Ogos lalu dan kes ini telah berlarutan ke mahkamah. Waw bukan calang-calang cerai, tapi cerai talak tiga. Memang tahap kesabaran Alang dah melampaui batas dan niat yang sangat keras ingin menceraikan Kris Dayanti. Anak-anak Alang juga sedar dengan perlakuan Kris Dayanti yang semakin berubah. Dan Anang mengetahui hubungan KD dengan lelaki berkenaan setelah diceritakan sendiri oleh anaknya, Titania Aurellie, 11. Walaupun masih kecil tapi Aureillie kelihatan bijak dalam membahagikan mana baik dan salah.
Ainul Aishah bercinta...
Setelah hubungan yang terjalin selama kira-kira dua tahun dengan seorang anggota kumpulan indie terputus awal tahun ini, Ain akui, dia kini sudah menemui 'seseorang' dan sedang di dalam proses perkenalan lanjut dengan jejaka tersebut. Yakni seorang ahli perniagaan muda berusia 22 tahun
"Baru sebulan mengenali dia. Kami mula bertemu di pejabat ayahnya, ketika itu saya terlibat dengan penggambaran di lokasi tersebut. Dia juga bekerja di sana. Memang hubungan ini masih terlalu baru, jadi saya tidak mahu terlalu bercakap tentang perkara ini," kata Ain
Punggung Fauzi Nawawi Di Raba
Kata sumber itu, memang sudah menjadi kemestian, setiap kali habis bersenam, suami kepada pelakon jelita Lisdawati itu akan mandi terlebih dahulu dan kemudian barulah masuk ke bilik sauna untuk membuang segala sisa toksik dalam badannya pula.
"Alih-alih ada pula mamat songsang mana pula cuba ambil kesempatan. Tup-tup mamat tu cuba meraba badan dan punggung Fauzi! Hai, mujur ada tak ada yang kena lempang atau debik! Fauzi tu stuntmant... Walaupun terkezut dan terkedu, Fauzi tetap tenang dan terus keluar dari bilik sauna yang 'menyeremkan' itu," kata sumber berkenaan.