Monday, September 7, 2009

Cico Akui Masih Bersosial



Walaupun telah bergelar bapa kepada seorang anak, Cico Harahap mengakui kehidupannya masih tidak banyak berubah berbanding dulu.

"Jika dulu saya sering ke kelab hiburan untuk melepaskan tekanan, sekarang kehidupan saya masih begitu. Namun saya mengamalkan cara hidup yang sihat dan tak mengambil benda yang tidak sepatutnya.

"Saya juga tak mengambil kisah apa orang nak cakap kerana saya happy dengan kehidupan sekarang dikelilingi isteri dan anak tercinta," akui Cico jujur.

Beliau mengakui hakikat dirinya kini terikat dengan tanggungjawab antara keluarga dan juga karier, namun seronok dengan tugas baru yang digalas selepas dikurniakan anak perempuan lapan bulan lalu, Rindu Norfitrah.

"Keluarga buatkan hidup saya semakin sempurna dan bermakna. Rindu buat saya sentiasa melekat di rumah, jika keluar sekalipun pasti hati meronta-ronta nak balik rumah. Jika rindu sangat saya akan menelefon hanya untuk mendengar suaranya. Nama Rindu diberi kerana kami sekeluarga amat gemarkan perkataan klasik.

"Alhamdulillah, walaupun isteri baru pertama kali menunaikan ibadat puasa, namun dia tak banyak karenah dan mengikut apa yang ditetapkan Islam. Isteri berasal dari Thailand dan dia faham Bahasa Melayu tapi masih tak dapat menuturkannya dengan baik," tutur Cico yang merancang akan menyambut Aidilfitri di Kuala Lumpur bersama ibu dan keluarganya.

Walaupun baru dua tahun mendirikan mahligai dan dikurniakan seorang cahayamata, namun Cico menjelaskan beliau berserah sepenuhnya kepada Allah soal zuriat dan tidak pernah meletakkan sebarang target kerana bimbang apa yang dirancang tidak menjadi.

"Dulu ibu saya juga begitu, merancang untuk mendapatkan anak yang ramai namun tak ada rezeki. Jadilah saya anak tunggal dan memang saya tak dapat lari daripada perasaan sunyi bila berseorangan," ujarnya yang kini aktif berlakon dalam Biru Cinta Laguna, Teater Mahsuri dan Rias Mutiara.

Sunday, September 6, 2009

Sharifah Amani dan gavin bercinta

Pendedahan ini di buat Sharifah Amani sendiri, menurut laporan Harian Metro edisi 6 September 2009 - 'Amani pilih mat saleh'. Bibit-bibit percintaan mereka bermula ketika penggambaran filem epik 'Hikayat Merong Mahawangsa' terbitan KRU Studios. Gavin Stenhouse memainkan watak Putera Roman sementara Nani pula bertugas sebagai pembantu pengarah lagak ngeri.






Nampak gayanya, Gavin benar-benar serius untuk mempelajari tentang agama Islam dan budaya Melayu apabila di kongsi Nani yang jejaka Scottish-Welsh itu belum lagi gagal berpuasa. Malah dia akan bersama Nani sekeluarga menyambut Hari Raya. Sudah ditempah pun sepasang baju Melayu.



Friday, September 4, 2009

Maizawati Kini Rakam Lagu


Kini nama Maizawati Zainal juga dikenali ramai. Daripada seorang suri rumah biasa, Maizawati atau Myza menjadi sebutan peminat hiburan. Apatah lagi kisahnya beberapa kali menjadi paparan muka depan akhbar. Semuanya gara-gara krisis rumah tangga dengan pendakwah dan penyanyi terkenal Akhil Hayy sehingga membawa kepada perceraian mereka. Akhil akhirnya menikahi Waheeda, wanita yang disebut oleh Myza sebagai penyebab keruntuhan rumah tangga Myza. Namun dinafikan oleh Akhil sebelum ini.







Nampaknya Myza juga memilih bidang seni sebagai penyambung kehidupannya. Sejauh mana kemampuan Myza tidak bolehlah dibuat penghakiman sekarang sebab produknya belum dihasilkan. Tunggulah apabila album yang berkonsep world music itu siap. Nampaknya Myza akan berentap dengan Waheeda sebab konsep muzik yang sama. Myza juga menyelitkan sebuah lagu bertema hari raya dalam album sulungnya yang bakal dipasarkan tidak lama lagi. Beliau memulakan rakaman pada 2 September lalu.

Thursday, September 3, 2009

Cinta Awal Ashaari di tolak...


Pelakon, Awal Ashari kini mengakui dirinya sudahpun menjadi milik seseorang. Walaupun masih dalam proses mengenal hati budi, namun jejaka berusia 28 tahun ini menyifatkan dirinya cukup bertuah dapat mendekati gadis idamannya selama dia hidup.

"Awal pernah cuba tackle dia dua tahun lepas tapi dia menolak. Awal berhenti hubungi dia seketika dan beberapa bulan lepas kami berjumpa semula dan Awal cuba kembali untuk tawan hati dia dan syukur dia dapat menerima diri Awal seadanya.
"Awal terpikat sebab dia seorang yang sangat independent, bukannya jenis yang mengada-ngada dan sangat berbeza daripada sifat Awal yang manja ni. Sebelum ini memang Awal ada rapat dengan beberapa artis wanita, namun hati belum terbuka untuk bercinta. Kebetulan dia datang pada waktu dan masa yang tepat sehingga hati Awal jadi berbunga-bunga menerima kehadirannya dalam hidup," katanya yang hampir tiga tahun bergelar solo selepas putus cinta pada 2006.

Wednesday, September 2, 2009

Anang Ceraikan Kris Dayanti Dengan Talak Tiga

“Aku bukan pemimpin dia lagi, kerana dia sudah memiliki pemimpin lain. Sekarang aku sudah tidak lagi peduli dengan hal dia. Dia mahu tunggang terbalik, dia mahu meloncat-loncat, silakan saja kerana aku sudah tidak peduli lagi dengan dia,”



itulah kata-kata Anang dengan nada yang sedih tentang hubungan beliau dengan Kris Dayanti kepada media. Kris Dayanti telah dicerai talak tiga oleh suaminya iaitu Anang pada 19 Ogos lalu dan kes ini telah berlarutan ke mahkamah. Waw bukan calang-calang cerai, tapi cerai talak tiga. Memang tahap kesabaran Alang dah melampaui batas dan niat yang sangat keras ingin menceraikan Kris Dayanti. Anak-anak Alang juga sedar dengan perlakuan Kris Dayanti yang semakin berubah. Dan Anang mengetahui hubungan KD dengan lelaki berkenaan setelah diceritakan sendiri oleh anaknya, Titania Aurellie, 11. Walaupun masih kecil tapi Aureillie kelihatan bijak dalam membahagikan mana baik dan salah.

Ainul Aishah bercinta...

Jika diikutkan Ainul Aishah, 24, dia tidak mahu lagi terlalu mendedahkan tentang kisah cinta. Bukan ingin terlalu berahsia, tetapi bagi Ain, dia tidak mahu sering menonjol dengan kisah peribadi. Namun, berkali-kali dipujuk, gadis ini akhirnya gagal menolak pertanyaan tentang subjek cinta.

Setelah hubungan yang terjalin selama kira-kira dua tahun dengan seorang anggota kumpulan indie terputus awal tahun ini, Ain akui, dia kini sudah menemui 'seseorang' dan sedang di dalam proses perkenalan lanjut dengan jejaka tersebut. Yakni seorang ahli perniagaan muda berusia 22 tahun









"Baru sebulan mengenali dia. Kami mula bertemu di pejabat ayahnya, ketika itu saya terlibat dengan penggambaran di lokasi tersebut. Dia juga bekerja di sana. Memang hubungan ini masih terlalu baru, jadi saya tidak mahu terlalu bercakap tentang perkara ini," kata Ain

Punggung Fauzi Nawawi Di Raba

Belum lagi sah mendapatkan wataknya sebagai seorang lelaki biseksual dalam filem Dalam Botol, terbitan Penerbitan JAS Sdn Bhd, aktor kacak merangkap stuntmant terkenal, Fauzi Nawawi dah pun kena raba! Sumber terdekat dengan Fauzi memberitahu, kejadian 'serem' itu berlaku ketika dia sedang beristirahat dalam bilik sauna di sebuah gimnasium yang selalu dikunjunginya.

Kata sumber itu, memang sudah menjadi kemestian, setiap kali habis bersenam, suami kepada pelakon jelita Lisdawati itu akan mandi terlebih dahulu dan kemudian barulah masuk ke bilik sauna untuk membuang segala sisa toksik dalam badannya pula.






"Alih-alih ada pula mamat songsang mana pula cuba ambil kesempatan. Tup-tup mamat tu cuba meraba badan dan punggung Fauzi! Hai, mujur ada tak ada yang kena lempang atau debik! Fauzi tu stuntmant... Walaupun terkezut dan terkedu, Fauzi tetap tenang dan terus keluar dari bilik sauna yang 'menyeremkan' itu," kata sumber berkenaan.