Sunday, June 14, 2009

Kutipan Syurga Cinta Cecah RM2.5 juta


Filem Syurga Cinta lakonan Awal Ashaari dan Heliza AF berjaya memungut RM2.5 juta dan menjadi filem komedi romantik paling banyak kutipannya selepas Cinta (Khabir Bhatia, RM2 juta) untuk tempoh 5 tahun kebelakangan ini.


Perkara ini dinyatakan produser David Teo yang menganggap ia satu kejayaan kepada Metrowealth Movies dan semua krew serta pelakon Syurga Cinta arahan Ahmad Idham itu.


"Saya gembira dengan sokongan penonton yang rata-rata berpuas hati dengan filem ini. Ia satu kejayaan kepada kami dan memberi semangat untuk menerbitkan filem yang lebih bermutu. Ia juga memberi petanda yang baik bahawa filem yang tiada sentuhan fizikal antara hero dan heroin pun masih boleh diterima ramai.

"Mesej dakwah yang disampaikan dalam bentuk santai dengan ringan itu nyata memberikan kesan," kata David yang juga pencetus asal konsep cerita cinta itu.

Selepas versi filem, Metrowealth sedang menghasilkan Syurga Cinta untuk versi drama TV pula tetapi menukarkan beberapa watak utamanya.

Ketika ini Metrowealth mempertaruhkan pula filem terbarunya, Jangan Pandang Belakang Congkak juga arahan Ahmad Idham dan sambutan lebih hangat diberikan kepada filem komedi seram itu. Ia dibintangi oleh Mazlan Pet Pet, Cat Farish, Shaheizy Sam, Lisa Surihani dan ramai lagi pelakon terkenal.

David berharap agar sambutan Jangan Pandang Belakang Congkak akan lebih berjaya lagi berbanding Jangan Pandang Belakang walaupun ia berdepan dengan banyak filem lain di pawagam ketika ini seperti Drag Me To Hell, Terminator Salvation, Blood: The Last Vampire dan Monsters Vs Aliens.

Friday, June 12, 2009

Merong Mahawangsa: Filem Terakhir Yusry?

KL, 12 JUN 2009: memang bangga dengan perkembangan dunia filem Malaysia yang terus berkembang maju. Selepas filem Syurga Cinta, sekarang orang kita serbu panggung pula untuk melihat filem Jangan Pandang Belakang Congkak. Dengar kata, ia juga mendapat sambutan.

Terbaru, ada lagi filem menarik tengah dibikin. Filem itu adalah epik Merong Mahawangsa arahan anggota KRU, Yusry Abdul Halim. Difahamkan, filemnya berbajet besar dan menggabungkan ramai pelakon tempatan dan luar negara seperti China, United Kingdom, Sweden, Australia dan Hong Kong.

Disebabkan filem itu tentang Putera Rom bercinta dengan Puteri China, lalu KRU Studios melamar Hang Tuah kita, Stephen Rahman-Hughes, untuk memegang watak utama. Pelakon lain adalah Datuk Rahim Razali, Vanidah Imran, Kuswadinata, Mano Maniam, Cico, Ummi Nazeera serta bintang dari luar negara seperti Jing Lu (China), Henrik Norman (Sweden), Keith Chong (Hong Kong) dan Gavin Stenhouse (UK).

Hai, Yusry tak mahu jemput Miss Propa berlakon sekali ke? Mana tahu ada watak tukang gosip macam Murai Batu ke. Bolehlah berkawan dengan Garuda. Tapi Garuda dalam filem ini khabarnya kumpulan lanun dan bukan burung gergasi. Jadi, kita tunggu jelah macam mana hasilnya nanti.

Tapi dengarnya, ini filem besar terakhir arahan Yusry. Kenapa? Dah serik nak buat filem ke Yusry?

Thursday, June 11, 2009

Diserang: Haleeda Serah Kes Pada Polis


Tiada sebarang cuti diberikan kepada pelakon dan penyanyi Haleeda selepas berlakunya insiden serangan oleh isteri seorang pelakon di lokasi drama bersiri Kecuali Cintamu di Bukit Jelutong, Shah Alam, Jumaat lalu.Difahamkan, serangan dan pergaduhan itu dipercayai berpunca daripada salah faham dan cemburu buta sehingga mencetuskan kekecohann yang akhirnya memaksa Haleeda membuat laporan polis.Perkara ini telah dimaklumkan Penerbit Eksekutif, Kecuali Cintamu, Suriyati Sidek, sewaktu dihubungi murai.com.my tengahari tadi"Tiada cuti diberikan kerana Haleeda sendiri tidak minta untuk diberikan sebarang pelepasan. Malah, selepas kejadian itu berlaku pun, Haleeda masih datang ke lokasi dan menjalani penggambaran seperti biasa.
"Sungguhpun begitu, secara kebetulan, Haleeda memang tidak terbabit dengan shooting selama 2 hari bermula hari ini dan esok. Jadi, setidak-tidaknya, Haleeda boleh menggunakan masa begini untuk menenangkan fikiran serta berehat. "Apapun, kita sudah berbincang dengan semua artis yang terlibat dalam drama Kecuali Cintamu supaya tidak membabitkan sebarang masalah peribadi sewaktu berada di lokasi. "Mujurlah ketika kejadian kecoh yang itu berlaku, penggambaran baru sahaja habis dan pihak kami turut berusaha untuk menenangkan situasi. Namun kita sendiri tidak boleh campur tangan dalam hal peribadi krew dan pelakon kerana ia di luar bidang kuasa kami. Apa yang boleh kita beri adalah nasihat," katanya. Sementara itu, Haleeda atau nama sebenarnya Halida Mazlin Badaruddin, 37, telah pun membuat laporan polis selepas kejadian yang tidak diingini itu berlaku pada Jumaat lalu, kira-kira jam 10 malam. Haleeda menjelaskan bahawa kejadian yang berpunca disebabkan salah faham dan cemburu buta wanita terbabit terhadap suaminya yang juga seorang pelakon drama itu. Ia kemudian bertukar menjadi serius apabila ada pihak tertentu telah masuk campur. "Kejadian mungkin berlaku kerana saya meminjam kereta milik seorang pelakon lelaki berikutan kereta saya dihantar ke bengkel, tetapi saya rasa perkara itu (meminjam kereta) tidak diketahui isterinya. "Apabila isterisnya mengetahuinya, dia terus menyerbu ke lokasi penggambaran malah menghubungi pihak media untuk datang sekali merakamkan kejadian," katanya dalam laporan kepada Harian Metro, hari ini. Berikutan itu, bekas isteri kepada pemain bola sepak Azman Adnan yang juga pernah popular dengan lagu Setia Kasih ini turut menyifatkan bahawa serangan yang dilakukan secara terancang itu bertujuan untuk mengaibkan dirinya. Malah, dia juga tidak menafikan pembabitan individu bergelar Datuk yang mempunyai kaitan dengan kejadian itu. Sungguhpun begitu, Haleeda lebih senang menyerahkan hal itu kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. Drama Kecuali Cintamu terbitan produksi Asia Media Content (AMC) adalah produksi mega terbaru lakonan Haleeda dan pelakon terkenal lain seperti Aman Shah, Mustapha Kamal, Nanu Baharuddin dan Ashraf Muslim. Ia ke udara di Astro Prima dan menjadi sebahagian daripada program realiti TV Anak Wayang yang ketika ini bersiaran di Astro Ria. Apa yang menarik, peserta pertandingan Anak Wayang akan berpeluang berlakon dalam Kecuali Cintamu selepas mereka menjalani ujian lakonan serta diundi oleh penonton Astro Ria setiap minggu.

Wednesday, June 10, 2009

Shukery Hashim Meninggal Dunia


KUALA LUMPUR, 10 JUN 2009: Pelakon terkenal, Shukery Hashim, 55, meninggal dunia dalam keadaan nazak di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), di sini, kira-kira jam 1 petang tadi, selepas 3 bulan menderita penyakit barah pankreas.

Shukery dimasukkan ke HUKM pada 4 Mei lalu bagi menjalani rawatan lanjut selepas menjalani pembedahan selama 6 jam di Hospital Selayang pada 24 April lalu.

Perkara ini telah disahkan oleh rakannya, pelakon Den Wahab yang sempat menjenguk arwah di hospital berkenaan sekitar jam 12 tengahari tadi.

"Saya menziarahi arwah apabila diberitahu bahawa dia telah dimasukkan ke HUKM. Bila saya sampai, arwah memang tengah nazak. Keadaan beliau sudah bertambah teruk sejak awal pagi lagi.

"Malah, pihak hospital sendiri sudah pun memaklumkan kepada keluarganya bahawa arwah sudah tidak ada harapan untuk diselamatkan lagi. Apabila saya telah meninggalkan kawasan HUKM, tiba-tiba saya diberitahu arwah bahawa arwah sudah tiada. Hasrat saya untuk memaklumkan keadaan arwah yang sedang tenat kepada semua kawan-kawan langsung tidak kesampaian," kata Den.

Ketika ini jenazah Allahyarham telah dibawa di kediamannya, di Taman Fairuzah untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan di Taman Watan, Ampang selepas Asar hari ini.

"Tapi saya tidak pasti di mana jenazah arwah akan dikebumikan. Saya hanya diberitahu oleh anak arwah bahawa mereka bercadang untuk mengebumikan jenazahnya di Keramat. Lagipun arwah pernah berpesan supaya cepat-cepat kebumikan jenazahnya kalau sudah tiada," katanya.

Ketika hayatnya, Shukery yang pernah membintangi filem seperti Rahsia, Syahadat, Pesona Cinta, Seri Dewi Malam, Janji Diana dan Syhhh.. Dia Datang. Beliau juga membintangi puluhan drama seperti Di Mana Kasihmu, Cinta Gila dan 3T.

Shukery yang dilahirkan pada tahun 1954, merupakan anak jati Langkawi, Kedah. Beliau mendapat pendidikan di merata tempat termasuk Sekolah St Michael, Alor Setar dan Sekolah Jalan Raja Muda, Kuala Lumpur.

Sepanjang pembabitannya dalam dunia seni, Shukery pernah menerima 3 anugerah dalam industri seni di Malaysia iaitu Pelakon Terbaik Anugerah Sri Angkasa 1990, Pelakon Drama TV Terbaik Anugerah Sri Angkasa (1994) dan Pelakon TV Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (1995).

Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham dan semoga Allah SWT melimpahi rahmat ke atas roh beliau. Al-Fatihah.

Tuesday, June 9, 2009

(Gambar) Megan Fox Datang Singapura, Malaysia Bila Lagi?







Megan Fox berada di Singapura. Singapura! Singapura beb! Jelas mata memandang dari Malaysia.

Aku tiada maklumat rasmi apa yang Megan Fox buat di Singapura tetapi aku sebagai peminat tegar Megan Fox, aku mahukan beliau datang ke Malaysia dan berbikini di’hadapan KLCC.

PETRONAS sudah membawakan t-shirt & cenderahati eksklusif Transformers: Revenge of the Fallen, apa salahnya bawa Megan Fox masuk Malaysia untuk premier filem tersebut.

KLCC akan secara tiba-tiba menjadi bangunan tertinggi di’dunia sekali lagi jika Megan Fox bergambar di’hadapan mercu tanda Malaysia itu. Come on PETRONAS!

Lagi gambar seksi Megan Fox selepas ini. Jangan lupa saksikan Transformer: Revenge of the Fallen 24 Jun ini.

Fabulous Cats Jawab Isu Lamar Zizi


KL, 8 JUN 2009: Dari awal kemunculan kumpulan The Fabulous Cats hingga kini, ahli kumpulannya sering berubah-ubah. Perubahan ini lebih ketara kepada ahli wanitanya selalu tidak bertahan lama. Buktinya, ahli asal wanitanya adalah Alyah yang kini tengah popular dengan lagu Tak Mungkin Kerna Sayang.

Selepas Alyah berlalu, Farhana pula tampil menggantikan tempatnya sehinggalah kini penyanyi cun dari Indonesia, Wangi muncul. Kemunculan Farhana pun tidak lama juga kerana digantikan oleh Wangi. Ini menerbitkan tanggapan bahawa anggota 'Papa Jahat' itu tidak boleh ngam dengan ahli wanitanya. Apa benar?

Terbaru pula, ada terhidu khabar angin mengatakan bekas pelajar Akademi Fantasia 7 (AF7), Zizi telah dilamar menyertai kumpulan yang turut popular dengan lagu Rimas dan Bawa Ku Terbang itu. Ikuti rakaman video Jangan Lari! bersama The Fabulous Cats, baru-baru ini.

Diana Danielle akui bercinta dengan Farid


NADA suaranya cukup girang. Selain gembira dapat kembali ke pangkuan ibu tersayang, Norsiah Ramli, setelah 'berpisah' selama tiga bulan untuk menjalani Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), ada 'sesuatu' yang membuatkan gadis berusia 18 tahun ini cukup ceria.

Diusik mungkinkah ada 'seseorang' yang juga tidak sabar menantikan si pemilik nama Diana Danielle ini menamatkan latihannya itu, sambil ketawa, aktres ini hanya menjawab "tak adalah. Saya gembira sangat sebab dapat jumpa Mama".

Tetapi apabila cuba menyelami hati pelakon ini, Diana akhirnya tidak dapat 'menipu' dirinya lagi apatah lagi bila diajukan tentang khabar angin yang bertiup kencang ketika dia masih berada di dalam PLKN, yang mengatakan gadis ini sudah pun mempunyai cinta baru.

Dan jejaka itu dikatakan adalah aktor popular Farid Kamil.

"Memang perkara itu betul...saya tak nafikan dan sebenarnya saya memang tidak jangka langsung. Tapi, saya tak mahu ulas lebih-lebih tentang perkara ini, ye. Cukup-cukuplah apa yang saya belajar menerusi pengalaman yang lalu.

"Kita bercakap tentang perkara lain sajalah," tutur Diana sambil cuba mengalih topik.

Ketika khabar angin itu mula tersebar, ramai yang tidak pasti sejauhmana kebenaran hubungan mereka itu, apatah lagi Farid juga sebelum ini telah digosipkan menjalinkan hubungan cinta dengan seorang lagi aktres muda, Lisa Surihani.

Malah, tidak pasti pula bagaimana Farid dan Diana dapat 'menjalinkan' hubungan memandangkan Diana sedang menjalani Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) selama tiga bulan sejak Mac lalu dan pastinya sukar untuk berhubungan.

Ibunya yang diajukan tentang hal ini ketika itu juga hanya ketawa membaca kisah anaknya itu yang dikatakan mungkin sedang mengamalkan hubungan cinta 'jarak jauh' dengan aktor tersebut. Menurut Norsiah, dia akui Farid dan Diana memang berkawan baik, namun dia juga tidak tahu adakah mereka benar-benar serius.

Ditanya bagaimana mereka 'menjaga' hubungan tersebut sepanjang Diana berada di PLKN, pelakon ini tetap mengelak untuk menjawab soalan tersebut.

Namun, pelakon yang sebelum ini pernah berkasih dengan pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof itu akui, hubungannya dan Farid pada asalnya memang bermula atas dasar persahabatan.

"Itu saja yang boleh saya cakap. Farid adalah lelaki yang baik. Dia seorang yang 'cool', itulah yang membuatkan saya cukup kagum dengannya," kata Diana yang terus enggan berbicara tentang hal itu.

Menurut pelakon yang popular menerusi drama bersiri AirMata Maria dan Farah Syakirah ini, dia lebih selesa untuk bercakap tentang perancangan karier seninya setelah 'berehat' selama tiga bulan dulu.

"Saya sekarang tengah berehat selepas tamat PLKN pada 7 Jun lepas. Mungkin sebelum saya terima tawaran baru, saya dan Mama akan pergi bercuti dulu, kemungkinan ke Indonesia dan Australia.

"Selepas itu saya akan menyambung pelajaran di University of Nottingham di Semenyih, Kajang bulan depan dalam bidang biosains. Nampaknya, penatlah Mama nak menguruskan jadual seni dan pelajaran saya," kata Diana yang akan cuba membahagikan masa sebaik mungkin antara kerjaya dan pelajarannya.

Katanya lagi, dia juga akan meneruskan projek penghasilan album sulungnya di Jakarta tidak lama lagi yang sudah tertunda agak lama itu.

"Memang banyak sebenarnya benda yang nak kena buat. Album tetap akan diteruskan begitu juga dengan tawaran berlakon yang masih lagi saya pertimbangkan.

"Sekarang ini saya tengah tunggu jadual kelas pengajian saya terlebih dahulu, barulah senang nak merangka aktiviti-aktiviti lain juga," katanya yang berduet dengan Imran Ajmain dan Nabil menerusi lagu Radio yang kini semakin kerap diputarkan di stesen-stesen radio.

Ditanya tentang 'kehidupan' barunya setelah tamat PLKN, kata Diana, dia akui sudah mula rasa rindu terhadap kawan-kawan di kemnya dulu. Namun, tutur Diana, apa yang penting, pengalamannya di PLKN ternyata banyak mengubah hidupnya menjadi seorang yang lebih berdisiplin.

"Sekarang ini saya pantang tengok barang bersepah sebab ketika di kem dulu, kami kena sentiasa pastikan bilik dan tempat tidur kemas. Saya juga dah terbiasa bangun awal pagi sehinggakan Mama cakap "I have a new daughter!".

"Tetapi masalahnya sekarang berat badan saya sudah bertambah 7kg. Maklumlah, asyik makan saja ketika di kem. Tetapi saya tidaklah tertekan sangat kerana saya tahu, bila saya kembali aktif dengan kerja-kerja saya selepas ini, secara automatik berat saya akan berkurangan," kata Diana.