Friday, June 12, 2009

Merong Mahawangsa: Filem Terakhir Yusry?

KL, 12 JUN 2009: memang bangga dengan perkembangan dunia filem Malaysia yang terus berkembang maju. Selepas filem Syurga Cinta, sekarang orang kita serbu panggung pula untuk melihat filem Jangan Pandang Belakang Congkak. Dengar kata, ia juga mendapat sambutan.

Terbaru, ada lagi filem menarik tengah dibikin. Filem itu adalah epik Merong Mahawangsa arahan anggota KRU, Yusry Abdul Halim. Difahamkan, filemnya berbajet besar dan menggabungkan ramai pelakon tempatan dan luar negara seperti China, United Kingdom, Sweden, Australia dan Hong Kong.

Disebabkan filem itu tentang Putera Rom bercinta dengan Puteri China, lalu KRU Studios melamar Hang Tuah kita, Stephen Rahman-Hughes, untuk memegang watak utama. Pelakon lain adalah Datuk Rahim Razali, Vanidah Imran, Kuswadinata, Mano Maniam, Cico, Ummi Nazeera serta bintang dari luar negara seperti Jing Lu (China), Henrik Norman (Sweden), Keith Chong (Hong Kong) dan Gavin Stenhouse (UK).

Hai, Yusry tak mahu jemput Miss Propa berlakon sekali ke? Mana tahu ada watak tukang gosip macam Murai Batu ke. Bolehlah berkawan dengan Garuda. Tapi Garuda dalam filem ini khabarnya kumpulan lanun dan bukan burung gergasi. Jadi, kita tunggu jelah macam mana hasilnya nanti.

Tapi dengarnya, ini filem besar terakhir arahan Yusry. Kenapa? Dah serik nak buat filem ke Yusry?

No comments:

Post a Comment