LOS ANGELES, 25 JUN 2009: Legenda Pop Dunia, Michael Jackson, 50, telah disahkan meninggal dunia di Hospital UCLA, di sini pada tengah hari ini (khamis) dan jam 5.15 pagi tadi (waktu Malaysia).
Punca kematian beliau masih belum lagi diketahui dengan jelas tetapi dipercayai berdepan dengan masalah jantung. Beliau ditemui sudah tidak bernafas apabila pakar perubatan berkejar ke rumahnya di sini sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan.
Tiba di hospital berkenaan kira-kira jam 1.40 petang, pihak hospital bertungkus lumus selama sejam untuk menyelamatkan beliau tetapi gagal.
November tahun lalu, Michael telah dilaporkan memeluk Islam.
Michael ketika ini sedang membuat persiapan untuk konsert comeback di London. Beliau yang pernah berkahwin 2 kali termasuk dengan Lisa-Marie Presley, cukup dikenali dengan lagu seperti Thriller, Beat It, Billy Jean, Bad, Heal The World dan Black or White.
Pada hari yang sama juga, dunia hiburan dikejutkan dengan kematian bintang asal Charlie's Angels, Farah Fawcett, 62, akibat penyakit barah yang sekian lama dihidapinya.
No comments:
Post a Comment