Sunday, June 28, 2009

Adlin, Emilda Bulan Madu Di Perth


Amboi, kenduri sakan tengok Adlin Aman Ramlie dengan Emilda Rosmila kerana mereka dijadualkan akan bersanding lagi bulan depan selepas 2 kali persandingan.

Majlis kenduri yang pertama telah selamat diadakan di Ipoh, Perak selepas mereka diijabkabulkan. Kenduri kedua pula telah berlangsung minggu lepas di rumah Mak Mah di Klang yang sememangnya meriah dengan konsep ala Jawa. Julai nanti pula, akan menyusul satu lagi majlis resepsi yang lebih glam di Kuala Lumpur, bertemakan ala James Bond atau Las Vegas. Wah gitu.
Maklumlah rezeki Adlin dan Emilda murah, mereka berdua pun bersetuju untuk mengadakan majlis resepsi untuk kenalan dan rakan artis pula. Dalam sibuk membuat persiapan dan berkerja dengar-dengar, mereka telah pun memilih destinasi untuk berbulan madu. Ke mana hala jarum kompasnya?

Selepas dirisik, rupa-rupanya ke Down Under... ooo ke Perth, Australia... Amboi, naik main kejar-kejar dengan kanggaru dengan koala ke?

Khabarnya, percutian bulan madu mereka itu turut ditaja senyap-senyap oleh seseorang rakan yang baik hati dan pemurah yang mempunyai sebuah rumah di Perth. Baiknya hati kawan mereka tu. Sekurang-kurangnya, ia menjimatkan kos penginapan dan tentu berasa lebih selesa kalau tinggal di rumah.

No comments:

Post a Comment