Amboi, dalam kata nak buat secara sederhana, nampaknya tukang masak popular tanah air, Chef Wan tiada pilihan lain daripada melangsungkan perkahwinan anaknya, Serina, 26, dalam suasana penuh meriah.
Dengar-dengar Chef Wan sudah menempah lokasi majlis meraikan perkahwinan Serina bersama jejaka United Kingdom (UK) itu di sebuah restoran mewah yang terletak di tengah-tengah kawasan Segitiga Emas KL.
Yelah, Chef Wan memang tak pernah kedekut dalam soal wang ringgit, apatah lagi, majlis perkahwinan anaknya sendiri.
Setakat yang diberitahu sumber semalam, majlis itu akan diadakan pada malam sambutan Tahun Baru 2010 dengan konsep Timur Tengah. Ini bermakna, Serina akan diijabkabulkan pada 31 Disember 2009 dan majlis resepsinya pula pada malam sambutan Tahun Baru.
Apapun, baguslah kalau Serina hendak naik pelamin. Tengok asyik bercinta saja sana-sini sebelum ini, akhirnya dapat calon suami keturunan Mat Salleh. Semoga apa yang dirancangkan itu akan berjaya.
Monday, June 22, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment