LOS ANGELES: Selepas berbulan-bulan seksualiti naib juara American Idol 8, Adam Lambert, diperkatakan, akhirnya diau membuat pendedahan kepada majalah Rolling Stone bahawa dia adalah seorang gay.
Malah dia mengakui turut menyimpan perasaan terhadap Kris Allen yang menjadi pilihan seluruh masyarakat Amerika Syarikat untuk bergelar juara American Idol bagi musim kali ini.
"Saya rasa bukan sesuatu yang memeranjat bagi semua orang apabila mengetahui saya seorang gay. Sebaliknya, saya rasa bangga dengan seksualiti saya ini. Ia adalah sebahagian daripada diri saya," katanya kepada majalah muzik tersebut.
Awalnya, Adam memang bercadang untuk menjelaskan segala-galanya tentang spekulasi itu sejurus selepas berakhirnya American Idol.
"Tapi akhirnya saya mengambil keputusan untuk mengambil sedikit waktu dan membiarkan majalah utama seperti Rolling Stone sendiri untuk memecahkan spekulasi tersebut.
"Lagipun saya tidak mahu kenyataan saya ini diputarbelitkan serta disensasikan oleh majalah lain dan saya juga tidak mahu dikaitkan dengan isu Clay Aiken. Saya mahu membuat pengakuan yang boleh menjelaskan kedaan diri saya dalam konteks yang sebenarnya," katanya secara jujur.
Adam yang merupakan peserta pilihan ramai hingga diramal menjuarai American Idol sebelum ini terus mengecapi populariti yang besar sewaktu menyertai program realiti hiburan tersebut.
Namun, fotonya berkucupan dengan lelaki sambil mengenakan pakaian feminin telah mencetuskan kontroversi apabila ianya ditemui di internet.
"Saya hanya memakai pakaian yang sebegitu sebanyak 3 atau 4 kali. Sudah tentu saya mengambil foto setiap kali berpakaian sebegitu kerana saya kelihatan begitu menarik sekali. Tapi saya tidak memakai payu dara palsu sebab itu bukan saya," katanya.
Tentang perasaannya terhadap Kris Allen yang turut menjadi teman sebiliknya, Adam berkata, dia sama sekali tidak menyangka bahawa pihak pengurusan American Idol meletakkan dirinya sebilik dengan lelaki yang disifatkannya kacak dan comel itu.
"Saya selalu mendapati bahawa dialah satu-satunya peserta lelaki yang mempunyai lebih tarikan jika dibandingkan dengan yang lain dalam American Idol. Dia baik, menarik dan menepati citarasa saya, tapi dia sudah memiliki isteri.
"Namun, dia seorang yang sangat liberal dan berfikiran terbuka tetapi pada waktu yang sama dia adalah seorang lelaki yang 100 peratus lurus dan sejati," katanya secara terus–terang.
Adam juga akui tidak mempunyai masalah apabila peminat wanita menjerit bagaikan histeria sewaktu beraksi di atas pentas.
"Saya suka apabila wanita menggilai saya. Saya rasa diri saya menggiurkan apabila diperlukan sebegitu," katanya.
Pendedahan Adam itu telah mendapat pujian daripada Gay & Lesbian Alliance Against Defamation (GLAAD).
No comments:
Post a Comment