Wednesday, June 24, 2009

(Gossip) Cepat Teka Siapakah Saudara Kembar Buat Onar : Mungkinkah Zaquan Adha?

*Anda di’sarankan memberikan pandangan berdasarkan pertimbangan rasional & bukanlah emosi semata-mata. Beri’kan pandangan yang bernas.

AGAK lama juga mendengar cerita tidak enak mengenai suami kepada dramatis popular ini yang dikatakan buat perangai walaupun isterinya sedang sarat mengandung dan menanti untuk melahirkan anak sulung mereka, Julai ini. Ada sumber memberitahu , suaminya juga seorang ahli sukan buat perangai tidak senonoh apabila sering mengunjungi kelab malam denganrakan-rakannya yang lain.

Bukan itu saja, suaminya juga dikatakan suka ‘minum’ sehingga mabuk di samping menghabiskan masa dengan wanita yang ditemui di kelab malam terbabit.

Kesahihan cerita yang disebarkan itu akhirnya terbongkar juga apabila seorang kakitangan produksi yangpernah berkerja dengan dramatis terbabit menghubungi, memberitahu selama ini, gosip yang mengatakan suami dramatis itu keluar mabuk dipusat hiburan dan kaki perempuan sebenarnya adalah pasangan kembarnya. (Hint telah menunjuk’kan satu-satu’nya atlet kembar Malaysia adalah Aidil Zafuan & Zaquan Adha, mungkin?)

Jelas kakitangan produksi itu, dia sendiri terserempak dengan kembar suami dramatis itu. Pada peringkat awal, apabila dia nampak ahli sukan itu berpelukan dengan wanita lain, kakitangan produksi itu mahu datang dan menegur. Apatah lagi mengenangkan dramatis popular itu rakannya.

Mengejutkan apabila ditegur, saudara kembar kepada suami dramatis itu sendiri menjelaskan bahawa kakitangan produksi itu salah orang. Mendengarkan penjelasan itu, dia berasa lega tetapi berasa kurang senang dengan sikap saudara kembar suami dramatis terbabit.

Baginya apabila saudara kembarnya itu bersikap begitu, yang mendapat nama buruk adalah suami kepada dramatis terbabit kerana mereka pasangandikenali ramai.

Perkara itu tidak seharusnya berlaku kerana bimbang ia boleh menimbulkan masalah kepada dramatis popular itu dan suaminya.

No comments:

Post a Comment