Tiada sebarang cuti diberikan kepada pelakon dan penyanyi Haleeda selepas berlakunya insiden serangan oleh isteri seorang pelakon di lokasi drama bersiri Kecuali Cintamu di Bukit Jelutong, Shah Alam, Jumaat lalu.Difahamkan, serangan dan pergaduhan itu dipercayai berpunca daripada salah faham dan cemburu buta sehingga mencetuskan kekecohann yang akhirnya memaksa Haleeda membuat laporan polis.Perkara ini telah dimaklumkan Penerbit Eksekutif, Kecuali Cintamu, Suriyati Sidek, sewaktu dihubungi murai.com.my tengahari tadi"Tiada cuti diberikan kerana Haleeda sendiri tidak minta untuk diberikan sebarang pelepasan. Malah, selepas kejadian itu berlaku pun, Haleeda masih datang ke lokasi dan menjalani penggambaran seperti biasa.
"Sungguhpun begitu, secara kebetulan, Haleeda memang tidak terbabit dengan shooting selama 2 hari bermula hari ini dan esok. Jadi, setidak-tidaknya, Haleeda boleh menggunakan masa begini untuk menenangkan fikiran serta berehat. "Apapun, kita sudah berbincang dengan semua artis yang terlibat dalam drama Kecuali Cintamu supaya tidak membabitkan sebarang masalah peribadi sewaktu berada di lokasi. "Mujurlah ketika kejadian kecoh yang itu berlaku, penggambaran baru sahaja habis dan pihak kami turut berusaha untuk menenangkan situasi. Namun kita sendiri tidak boleh campur tangan dalam hal peribadi krew dan pelakon kerana ia di luar bidang kuasa kami. Apa yang boleh kita beri adalah nasihat," katanya. Sementara itu, Haleeda atau nama sebenarnya Halida Mazlin Badaruddin, 37, telah pun membuat laporan polis selepas kejadian yang tidak diingini itu berlaku pada Jumaat lalu, kira-kira jam 10 malam. Haleeda menjelaskan bahawa kejadian yang berpunca disebabkan salah faham dan cemburu buta wanita terbabit terhadap suaminya yang juga seorang pelakon drama itu. Ia kemudian bertukar menjadi serius apabila ada pihak tertentu telah masuk campur. "Kejadian mungkin berlaku kerana saya meminjam kereta milik seorang pelakon lelaki berikutan kereta saya dihantar ke bengkel, tetapi saya rasa perkara itu (meminjam kereta) tidak diketahui isterinya. "Apabila isterisnya mengetahuinya, dia terus menyerbu ke lokasi penggambaran malah menghubungi pihak media untuk datang sekali merakamkan kejadian," katanya dalam laporan kepada Harian Metro, hari ini. Berikutan itu, bekas isteri kepada pemain bola sepak Azman Adnan yang juga pernah popular dengan lagu Setia Kasih ini turut menyifatkan bahawa serangan yang dilakukan secara terancang itu bertujuan untuk mengaibkan dirinya. Malah, dia juga tidak menafikan pembabitan individu bergelar Datuk yang mempunyai kaitan dengan kejadian itu. Sungguhpun begitu, Haleeda lebih senang menyerahkan hal itu kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. Drama Kecuali Cintamu terbitan produksi Asia Media Content (AMC) adalah produksi mega terbaru lakonan Haleeda dan pelakon terkenal lain seperti Aman Shah, Mustapha Kamal, Nanu Baharuddin dan Ashraf Muslim. Ia ke udara di Astro Prima dan menjadi sebahagian daripada program realiti TV Anak Wayang yang ketika ini bersiaran di Astro Ria. Apa yang menarik, peserta pertandingan Anak Wayang akan berpeluang berlakon dalam Kecuali Cintamu selepas mereka menjalani ujian lakonan serta diundi oleh penonton Astro Ria setiap minggu.
No comments:
Post a Comment