Monday, August 31, 2009
Anak Nora Danish, Rayqal Usia 7 Bulan
Saturday, August 29, 2009
Zed Zaidi tiada masa dating

Jika ada masa terluang, Zed Zaidi akan menghabiskan masa terluang tersebut dengan melayan MySpace, Facebook dan blognya. Di sini dia dapat mencurahkan perasaan, kritikan dan pendapatnya tentang industri seni serta digunakannya sebagai platform untuk memperjuangkan haknya bersama teman-teman lain sebagai anak seni dan artis.
Angkara penulisannya di blog, tercetus sedikit kontroversi di antaranya dan pengarah muda Syamsul Yusof beberapa bulan lalu. Bagi Zed, perkara itu merupakan asam garam bila seseorang bergelar artis.
"Sebenarnya masalah itu kecil saja, salah faham dari segi penulisan. Iya-lah saya pun baru bermula nak berjinak dengan dunia penulisan. Saya pun tulis 'straight' je, tiada koma, titik noktah ... jadi bila baca tu, ayat itu telah disalahertikan," jelasnya.
Tambahnya, "Perhubungan saya dan Syamsul okay. Jika jumpa, saya akan tegur. Tapi belum berpeluang lagi sebab masing-masing pun sibuk. Biasanya kawan-kawan artis ni hanya berpeluang berjumpa jika ada 'function'."Dengan kerjaya seni, bisnes dan blognya, Zed akui tiada masa untuk berdating. Tetapi terus terang dinyatakan ramai gadis yang mendampinginya.
"Kalau nak cari gadis untuk dijadikan isteri, itu kena cari betul-betul. Tapi buat masa ini, susah nak mencari seorang yang boleh menerima jadual saya yang padat dengan kerja dan selalu kena berkejar ke sana sini," katanya. -Gua
Thursday, August 27, 2009
Chef Wan Tetamu Khas Rancangan Oprah Winfrey

Chef wan berpeluang ditemuramah oleh satu-satu’nya pengacara yang paling terkenal di dunia, Oprah Winfrey. Lagi-lagi, Chef Wan juga meraih kejayaan dalam World Gourmand Cookbook and Media Awards 2009 di Paris dengan menewaskan ramai tukang masak yang power dari seluruh dunia. Makin naik saham Chef Wan, tiada niat nak kahwin lagi ker? “Kejayaan saya itu telah dilaporkan dalam New York Times dan disiarkan melalui American Food Network. Mungkin inilah yang telah mendorong pihaknya untuk mengundang saya tampil bersama Oprah. Bagaimanapun masanya tidak tahu bila lagi kerana saya belum mendapat sebarang hitam putih. “Kalau jadi insya-Allah mungkin saya akan tampil dua kali iaitu pada hujung tahun ini atau awal tahun depan, bergantung kepada kesesuaian waktu. Tahu sajalah program itu sangat popular dan tetamu lain pun terpaksa berbaris panjang. Setakat ini kita masih berbincang. “Tunggulah nanti kalau segala-galanya sudah dipastikan saya akan memaklumkan berita gembira ini kepada murai.com.my dan rakan media lain juga,” katanya dengan teruja.
Wednesday, August 26, 2009
Maizawati Akui Kahwin 2 Kali

"Saya perlu bersuara kerana tuduhan saya pernah meninggalkan suami pertama demi untuk hidup bersama Akhil tidak benar sama sekali. Saya tidak tahu dari mana datangnya cerita-cerita karut dan keterlaluan seperti ini. Memang saya sendiri ada terbaca dalam internet tentang gosip ini.
"Sebenarnya, perkahwinan pertama saya dulu berlaku pada usia 17 tahun. Ketika itu, pemikiran saya masih mentah lagi dan saya berkahwin bukan atas kerelaan sendiri tapi atas kehendak keluarga. Apabila perkahwinan itu tidak terjadi atas kerelaan hati, banyak masalah mulai timbul. Akhirnya selepas 3 tahun mendirikan rumahtangga iaitu pada usia saya masuk 20 tahun, kami pun mengambil keputusan untuk berpisah. Hasil perkongsian hidup itu, saya dikurniakan 2 anak yang kini tinggal bersama saya.
"Kebetulan, ketika saya dalam proses hendak berpisah dengan bekas suami pertama itu, secara tidak sengaja, saya dan Akhil telah berjumpa. Pertemuan itu berlaku di sebuah kedai makan. Sebenarnya, saya sudah lama mengenali Akil iaitu sejak dari zaman persekolahan lagi.
"Pada pertemuan itu, Akil kebetulan sedang mencari calon isteri untuk berumah tangga dan saya pula berpisah dengan suami. Selepas bertemu semula, Allah telah membuka hati kami sehinggalah kami mengambil keputusan untuk berkahwin," jelas Maizawati.
Tuesday, August 25, 2009
Azlan & The Typewritter Lari Dari Bayangan MUH

Lan yang dulunya cukup gah dengan band indie, Meet Uncle Hussain (MUH) kini mampu berdiri sendiri. Buktinya, Lan kini bakal muncul dengan single terbaru Kelibat Si Penyair dengan nama yang diberi nafas baru, Azlan & The Typewritter (ATT).
Namun ATT ini bukanlah sebuah band seperti yang dicanangkan sebelum ini, sebaliknya Lan akan bergerak sebagai penyanyi solo dalam album pertamanya ini.
"Nama ATT ni bukanlah band namun hanya metafora kepada perjalanan seni Azlan dan rakan-rakan, namun lebih mudah bergerak solo kerana saya yang akan tanggung segala risiko dan masalah," ujar Lan ketika ditemui di Uncle Chilli's di PJ Hilton.
Lan menjadikan ATT sebagai rujukan kepada keaslian sentuhan ekspresi diri dalam membentuk seni muzik. Album ini menggabungkan elemen futuristic kepada genre Moden Alternatif Indie Rock yang sudah tentunya memberikan kesegaran kepada industri muzik tanah air. ATT juga akan menjadi artis pertama di Malaysia yang membawa band sewaktu persembahan.
"Saya inginkan kebebasan dalam berkarya namun banyak yang harus dipel
ajari sekarang ini kerana sebelum ini banyak bergantung kepada anggota MUH yang lain," ujarnya yang kini lebih bijak berkomunikasi.
Walaupun pelbagai kontroversi melanda bekas vokalis MUH ini namun baginya yang lebih penting adalah untuk terus komited dalam perjuangan seni. Album single berjudul Peta Minda bakal dipasarkan pada penghujung tahun 2009 ini menjanjikan sesuatu yang istimewa dalam muzik yang diperjuangkan.
Monday, August 24, 2009
Kedai butik oleh Rini AF7

Rini atau nama sebenarnya Zuzafrini Zulkifli sekarang sudah bergelar usahawan muda. Rini sedang sibuk menguruskan jualan baju wanita khususnya untuk mereka yang bertudung secara online pula. Amboi nak saingi Kak Mazkiawati pula ke? Eloklah tu. Untuk perniagaan ini, Rini telah menamakannya sebagai Nona Cantek. Yang penting, diberitahu setiap baju yang dijualnya ini adalah rekaan pilihan Rini sendiri. Dalam erti kata lain, taste Rini sendirilah.
Malah, Rini juga selalu menggayakan rekaan contoh fesyen itu ke beberapa majlis rasmi. Dalam hal ini, pemeniat mesti berbangga dengan Rini masih muda tetapi ada visi menjadi usahawan. Jadi, bagi sesiapa yang mahu meninjau koleksi fesyen Rini itu, anda bolehlah melayari nonacantek.webs.com kerana ia mempunyai segala info tentang bisnes dan rekaan fesyen yang ditawarkan.
P/S: Semoga berjaya....
Sunday, August 23, 2009
Pertunangan Tam Spider Dan Aida

Dalam diam-diam rupa-rupanya penyanyi dan merangkap penyanyi vokalis Spider, Tam Spider sudah pun menjadi tunangan kepada Aida Mustaffa, 28. Keluarga kedua-duanya telah mengadakan majlis pertunangan mereka berdua secara sederhana di Pontian, Johor pada 15 Ogos lalu. Tanpa kehadiran wartawan-wartawan hiburan.
"Bukan tak mahu beritahu pihak wartawan tapi kami mahu mengadakannya secara sederhana. Lagipun baru bertunang. Nanti kalau sudah mahu kahwin, baru boleh beritahu." Kata Tam.Menurut Tam, mereka akan bernikah selepas raya. Namun, tarikhnya belum ditetapkan. Tambahnya lagi, majlis persandingan akan diadakan di Pontian diikuti di Melaka iaitu di rumah keluarga sebelah ibu Tam. Cerita Tam, dia sudah lama mengenali Aida tetapi hanya bertemu dua atau tiga kali dalam setahun. Baru tahun lepas mereka menjalinkan hubungan yang serius.

