Tuesday, June 30, 2009

Hasil Bedah Siasat MJ Mengejutkan



Akhirnya, keputusan bedah siasat Raja Pop Dunia, Micheal Jackson (MJ) telah terbocor kepada pihak media di Barat dan ia menunjukkan hasil yang mengejutkan.

Antaranya, rambut MJ dikatakan hampir botak dan dia terpaksa memakai rambut palsu. Tubuhnya terlalu kurus dan perutnya hanya dipenuhi dengan pelbagai jenis pil yang sudah larut. Berat tubuhnya hanya 51.8 kilogram dan ia berada di bawah berat badan ideal bagi lelaki setinggi 180 sentimeter.

Selain itu, peha, pinggul dan bahu MJ dilaporkan dipenuhi banyak kesan jarum dipercayai akibat daripada suntikan ubat penahan sakit.

"Rambut beliau banyak yang sudah gugur dan badannya terlalu kurus. Sebelum mati, MJ tidak menjamah makanan langsung dan hanya makan pil saja," memetik kata sumber.

Difahamkan, ada 4 suntikan yang masih baru di sekitar jantungnya. Ia kemungkinan disebabkan doktor mahu mengepam adrenalin ke dalam jantungnya untuk menyelamatkan nyawa manakala 3 suntikan itu telah merosakkan dinding jantungnya.

Beberapa tulang rusuk MJ patah ketika usaha menyelamatkannya dan ada kesam lebam misteri di bahagian lutut dan tulang kering.

Kesan parut turut dikesan di bahagian telinga kirinya yang dipercayai kesan daripada kemalangan sewaktu dia membuat penggambaran iklan Pepsi pada 1984. Waktu itu rambut MJ pernah terbakar.

Terdapat 13 parut dikesan daripada pembedahan kosmetik. Namun pembedahan rawatan kanser kulit di dada MJ berjaya dan lukanya bebas jangkitan kuman.

Keluarga MJ dikatakan tidak berpuas hati dan meminta agar bedah siasat kedua dilakukan kerana bedah siasat pertama tidak menunjukkan tanda-tanda MJ meninggal dunia kerana perbuatan khianat.

Sunday, June 28, 2009

Adlin, Emilda Bulan Madu Di Perth


Amboi, kenduri sakan tengok Adlin Aman Ramlie dengan Emilda Rosmila kerana mereka dijadualkan akan bersanding lagi bulan depan selepas 2 kali persandingan.

Majlis kenduri yang pertama telah selamat diadakan di Ipoh, Perak selepas mereka diijabkabulkan. Kenduri kedua pula telah berlangsung minggu lepas di rumah Mak Mah di Klang yang sememangnya meriah dengan konsep ala Jawa. Julai nanti pula, akan menyusul satu lagi majlis resepsi yang lebih glam di Kuala Lumpur, bertemakan ala James Bond atau Las Vegas. Wah gitu.
Maklumlah rezeki Adlin dan Emilda murah, mereka berdua pun bersetuju untuk mengadakan majlis resepsi untuk kenalan dan rakan artis pula. Dalam sibuk membuat persiapan dan berkerja dengar-dengar, mereka telah pun memilih destinasi untuk berbulan madu. Ke mana hala jarum kompasnya?

Selepas dirisik, rupa-rupanya ke Down Under... ooo ke Perth, Australia... Amboi, naik main kejar-kejar dengan kanggaru dengan koala ke?

Khabarnya, percutian bulan madu mereka itu turut ditaja senyap-senyap oleh seseorang rakan yang baik hati dan pemurah yang mempunyai sebuah rumah di Perth. Baiknya hati kawan mereka tu. Sekurang-kurangnya, ia menjimatkan kos penginapan dan tentu berasa lebih selesa kalau tinggal di rumah.

Thursday, June 25, 2009

Michael Jackson Meninggal Dunia















LOS ANGELES, 25 JUN 2009: Legenda Pop Dunia, Michael Jackson, 50, telah disahkan meninggal dunia di Hospital UCLA, di sini pada tengah hari ini (khamis) dan jam 5.15 pagi tadi (waktu Malaysia).

Punca kematian beliau masih belum lagi diketahui dengan jelas tetapi dipercayai berdepan dengan masalah jantung. Beliau ditemui sudah tidak bernafas apabila pakar perubatan berkejar ke rumahnya di sini sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan.

Tiba di hospital berkenaan kira-kira jam 1.40 petang, pihak hospital bertungkus lumus selama sejam untuk menyelamatkan beliau tetapi gagal.

November tahun lalu, Michael telah dilaporkan memeluk Islam.

Michael ketika ini sedang membuat persiapan untuk konsert comeback di London. Beliau yang pernah berkahwin 2 kali termasuk dengan Lisa-Marie Presley, cukup dikenali dengan lagu seperti Thriller, Beat It, Billy Jean, Bad, Heal The World dan Black or White.

Ketika ini ratusan peminat beliau sedang berkumpul di luar hospital berkenaan untuk mendapatkan pengesahan serta maklumat lanjut tentang kematian ikon pop dunia ini.
Pada hari yang sama juga, dunia hiburan dikejutkan dengan kematian bintang asal Charlie's Angels, Farah Fawcett, 62, akibat penyakit barah yang sekian lama dihidapinya.

Wednesday, June 24, 2009

(Gossip) Cepat Teka Siapakah Saudara Kembar Buat Onar : Mungkinkah Zaquan Adha?

*Anda di’sarankan memberikan pandangan berdasarkan pertimbangan rasional & bukanlah emosi semata-mata. Beri’kan pandangan yang bernas.

AGAK lama juga mendengar cerita tidak enak mengenai suami kepada dramatis popular ini yang dikatakan buat perangai walaupun isterinya sedang sarat mengandung dan menanti untuk melahirkan anak sulung mereka, Julai ini. Ada sumber memberitahu , suaminya juga seorang ahli sukan buat perangai tidak senonoh apabila sering mengunjungi kelab malam denganrakan-rakannya yang lain.

Bukan itu saja, suaminya juga dikatakan suka ‘minum’ sehingga mabuk di samping menghabiskan masa dengan wanita yang ditemui di kelab malam terbabit.

Kesahihan cerita yang disebarkan itu akhirnya terbongkar juga apabila seorang kakitangan produksi yangpernah berkerja dengan dramatis terbabit menghubungi, memberitahu selama ini, gosip yang mengatakan suami dramatis itu keluar mabuk dipusat hiburan dan kaki perempuan sebenarnya adalah pasangan kembarnya. (Hint telah menunjuk’kan satu-satu’nya atlet kembar Malaysia adalah Aidil Zafuan & Zaquan Adha, mungkin?)

Jelas kakitangan produksi itu, dia sendiri terserempak dengan kembar suami dramatis itu. Pada peringkat awal, apabila dia nampak ahli sukan itu berpelukan dengan wanita lain, kakitangan produksi itu mahu datang dan menegur. Apatah lagi mengenangkan dramatis popular itu rakannya.

Mengejutkan apabila ditegur, saudara kembar kepada suami dramatis itu sendiri menjelaskan bahawa kakitangan produksi itu salah orang. Mendengarkan penjelasan itu, dia berasa lega tetapi berasa kurang senang dengan sikap saudara kembar suami dramatis terbabit.

Baginya apabila saudara kembarnya itu bersikap begitu, yang mendapat nama buruk adalah suami kepada dramatis terbabit kerana mereka pasangandikenali ramai.

Perkara itu tidak seharusnya berlaku kerana bimbang ia boleh menimbulkan masalah kepada dramatis popular itu dan suaminya.

Tuesday, June 23, 2009

Aizat Kena Cium Puteri Adik-Adik!



Sempena majlis menghargai pihak media, Together-Gather Media Bersama Suria FM, baru-baru ini, stesen radio yang diterajui suami Erra Fazira, Engku Emran Engku Zainal Abidin itu menampilkan kelainan apabila menjemput pengacara yang menggelarkan dirinya sebagai Puteri Hang Li Po iaitu Viviyana Abdullah Lee, untuk menggamatkan suasana.Tidak dinafikan kemunculan Puteri yang juga penyampai radio 'Adik-Adik' pertama di Malaysia, cukup menggeletek hati kerana selain kerap tukar baju mengalahkan Miss Malaysia, dia juga pandao berceloteh mengusik artis-artis yang membuat persembahan seperti Siti Sarah, Dafi, Aizat, Hafiz, Ameng Spring, Ramlah Ram, Jay Jay, Nubhan, Fazli Zainal, Aril AF7, Liyana Jasmay, Noryn Aziz dan ramai lagi.

Contohnya, kata Puteri, dia sangkakan mulut dia sudah cukup puaka rupanya mulut Siti Sarah lagi puaka! Ternyata jenaka Puteri begitu disukai tetamu malah jemputan khas, Datuk Sharifah Aini sendiri asyik ketawa tidak henti-henti.Paling kecoh, Aizat telah didenda dan dicabar mencium pipi Puteri gara-gara tersasul menyebut Suria FM sebagai Hot FM. Lalu dengan segan silu yang teramat sangat, Aizat terpaksa mengotakan janjinya kepada penonton!Program santai yang bermula dari jam 4 petang itu telah berlangsung di Ballroom, Hotel Concorde, KL. Apa yang menarik setiap wakil media yang datang tidak pulang dengan tangan kosong kerana telah menerima hadiah hebat cabutan bertuah yang berupa TV Plasma, telefon bimbit, pemain DVD dan komputer riba.Bukan itu saja, ada 6 tetamu turut menerima wang tunai berjumlah RM500 seorang dengan menduduki 6 kerusi bertuah yang disediakan dalam ballroom itu. Acara lelong bersama selebriti terkenalPada Sabtu ini bersamaan 27 Jun 2009, barisan selebriti terkenal seperti Ning Baizura, Amy Mastura, Dayang Nurfaizah, Ramlah Ram, Elyana dan Nurul bakal meriuhkan Plaza Alam Sentral, Shah Alam untuk majlis Road Tour Suria FM yang bermula tepat jam 3 petang. Selain berhibur, pengunjung boleh membeli barangan yang dilelong selebriti popular untuk disumbangkan ke Rumah Nur Salam iaitu rumah perlindungan anak-anak terbiar di Chow Kit, KL.Tambah menarik, semua penyampai Suria FM iaitu Tuah, Zizi, Myra, Zaff, Akhtar, Bob dan Naim akan merancakkan majlis ini dengan memberikan hadiah menarik kepada pengunjung bertuah.Selain itu anda juga berpeluang memenangi wang tunai berjumlah RM18,000 dengan menyertai Suria FM Senyum & Menang RM18, 000 bersama Tuah dan Zizi. Untuk keterangan lanjut dapatkan infonya di laman web rasmi Suria FM sekarang

Monday, June 22, 2009

Serina Redzuawan Kahwin Jejaka UK?

Amboi, dalam kata nak buat secara sederhana, nampaknya tukang masak popular tanah air, Chef Wan tiada pilihan lain daripada melangsungkan perkahwinan anaknya, Serina, 26, dalam suasana penuh meriah.

Dengar-dengar Chef Wan sudah menempah lokasi majlis meraikan perkahwinan Serina bersama jejaka United Kingdom (UK) itu di sebuah restoran mewah yang terletak di tengah-tengah kawasan Segitiga Emas KL.

Yelah, Chef Wan memang tak pernah kedekut dalam soal wang ringgit, apatah lagi, majlis perkahwinan anaknya sendiri.

Setakat yang diberitahu sumber semalam, majlis itu akan diadakan pada malam sambutan Tahun Baru 2010 dengan konsep Timur Tengah. Ini bermakna, Serina akan diijabkabulkan pada 31 Disember 2009 dan majlis resepsinya pula pada malam sambutan Tahun Baru.

Apapun, baguslah kalau Serina hendak naik pelamin. Tengok asyik bercinta saja sana-sini sebelum ini, akhirnya dapat calon suami keturunan Mat Salleh. Semoga apa yang dirancangkan itu akan berjaya.

Perez Hilton Assaulted By Will.I.Am, Says Twitter


Blogger hiburan popular US, Perez Hilton melapor’kan melalui laman twitter bahawa malam tadi dia di’serang oleh pengurus Will.I.Am di’ kelab malam Cobra selepas bertekak mengenai isu berita bersama ahli kumpulan Fergie & Will.I.Am. Mereka berada di’ kelab malam tersebut kerana merai’kan MuchMusic Video Awards pada malam Sabtu lepas. Polo Molina, pengurus Black Eyed Peas telah pun di’dakwa atas kesalahan menyerang Hilton, dan akan memasuki mahkamah pada 5 Ogos ini.
Berita Perez di’serang mendapat sambutan yang mengalak’kan daripada followers twitter-nya, sama ada yang popular atau tidak, sehingga’lah yang menawar’kan bantuan, namun ada yang merasa’kan Perez Hilton layak menerima tumbukan tersebut.









Will.I.Am, artis terkenal dengan lagu Heartbreaker, telah menafi’kan dakwaan tersebut, rakaman video penafian selepas ini.
<<<VIDEO>>>

Namun, Perez Hilton membalas penafian Will.I.Am melalui Twitter, berkata bahawa dia mempunyai beberapa orang saksi & telah melancar’kan sebuah video bertajuk My Statement bagi membalas penafian Will.I.Am.

Sebagai pengetahuan, blog Perez Hilton menerima lebih 3 juta pembaca setiap hari (Ye, 3 juta) Dengan jumlah pembaca yang begitu ramai, tidak di’nafikan blog-nya adalah antara 10 blog paling mahal di’dunia.

Ida Nerina Cedera Tulang Belakang Akibat Terjatuh, Bukan Dipukul


Takziah kami ucap’kan kepada Ida Nerina yang cedera di’ bahagian tulang belakang akibat terjatuh dari tangga rumh’nya pagi tadi. Pembedahan telah pun bermula pada pukul 1 petang semalam Kita doa’kan yang terbaik buat beliau.

Tapi, ada desas desus yang mengatakan Ida Nerina telah di’pukul dan bukan’nya terjatuh dari tangga. Namun, dakwaan tersebut telah di’tepis oleh pengurus Ida Nerina, di’mana beliau telah menjelas’kan kepada media sebentar tadi.

“Dakwaan itu tidak benar sama sekali kerana dia tergelincir lalu terjatuh apabila sedang menaiki tangga apartmentnya dengan tergesa-gesa dan tercedera pada tulang belakangnya,” jawab Fizar yang menghubungi mStar, pagi ini.”

Sunday, June 21, 2009

(Gambar) Liyana Jasmay Ketika Pengambaran Laila Sari

terdengar desas-desus bahawa Liyana Jasmay ini jenis pelakon yang gedik-gedik mengada ketika di’ set pengambaran. Sehingga ada sebilangan krew & pelakon yang meluat dengan sikap bimbo’nya. Kami tidak pasti akan kebenaran ini, iyalah bukan kami yang berlakon pun.












Wednesday, June 17, 2009

Ajai akan berkahwin...












Sesudah sekian lama menduda, komposer Ajai atau Faizal Maas akhirnya mengakui bahawa dia akan mengahwini kekasihnya, Liza Ilyas, pada bulan Ogos 2009 ini.
Di kalangan warga industri hiburan, ramai mengenali Liza sebagai bekas orang kuat Warner Music Malaysia yang kemudian beralih kepada Maestro Talent & Management. Kini Liza bertugas dengan syarikat Ajai, Wake The Baby Records.
Ajai meluahkan pengakuan itu kepada murai.com.my ketika ditemui menjayakan rakaman klip video lagu Liyana Jasmay, Aku Tak Percaya Cinta di Universiti Multimedia, Cyberjaya, petang semalam.
"Memang betul. Saya memang benar-benar serius mahu berkahwin dengan Liza. Sudah 4 tahun saya hidup menduda, dan saya rasa sudah penat. Umur saya pun makin lama bukan semakin muda. Jadi rasanya, inilah masa yang cukup sesuai untuk saya menamatkan zaman duda saya," kata Ajai.
Jangan Tak Lihat» Jom Ceriakan Sambutan Har...» Kak Pah Minta S Atan Pula...» Ajai Mahu Kahwini Liza Og...» Lisdawati Nafi Rumah Tang...» Arwah Shukery Suami, Ayah...
Menurut Ajai lagi, segala persiapan perkahwinan yang perlu sudah pun dibuat tetapi majlisnya akan dilakukan secara sederhana sahaja di kediaman datuk Liza di Pulau Pinang.
"Saya dan Liza sudah rancang untuk buat kenduri kecil-kecilan saja di rumah datuk Liza di Penang. Ia hanya akan dihadiri keluarga serta rakan-rakan terdekat. Ketika ini memang jadual kerja saya sungguh padat tapi, saya akan tetap luangkan masa yang sesuai untuk hari bahagia itu.
"Kalau boleh kami mahu berkahwin sebelum kedatangan bulan puasa nanti. Apapun keputusan saya untuk berkahwin dengan Liza ini adalah yang terbaik untuk anak perempuan saya, Ayu (hasil perkongsian hidup dengan isteri pertama Nurul," jelasnya lagi.
Sementara itu Ajai yang menjadi mentor kepada abang Stacy, Chaq dalam program Mentor turut melahirkan rasa gembira apabila protegenya itu berjaya melangkah ke semi-final dalam program realiti hiburan tersebut.
"Banyak benda yang saya fikirkan untuk Chaq. Pengalaman menerbitkan album beberapa artis tempatan sebelum ini banyak membantu saya untuk membentuk Chaq sebagai seorang protege. Tapi ia tidak akan berjaya tanpa dibantu oleh orang-orang di kiri dan kanan saya. Mereka inilah yang bertungkus-lumus memikirkan apa yang terbaik untuk Chaq dari sudut imej dan personaliti.
"Pihak TV3 sudah bagi wang sebanyak RM8,000 setiap minggu kepada mentor untuk memastikan kita melahirkan yang terbaik untuk protege kita. Jadi pandai-pandai kitalah memanfaatkan wang tersebut," katanya.
Ajai juga tidak menafikan bahawa sejurus selepas program Mentor berakhir, dia akan mengambil Chaq sebagai artis naungan di bawah produksi labelnya, Wake The Baby.

Tuesday, June 16, 2009

(Panas) Manohara Menjadi Rebutan Produser Sinetron


Jangan sangka tajuk di’atas adalah joke! Memang betul Manohara akan berlakon dalam sebuah sinetron yang di’beri tajuk ‘Manohara’. Yang saya paling terkilan, sinetron ini mengguna’kan kisah sebenar Manohara sebagai jalan cerita mereka, konon’nya mereka mengangkat kisah pilu perkahwinan Manohara & keluarga diraja Kelatan.
Saya merasa’kan tidak wajar kisah Manohara di’jadikan sinetron, walhal kes ini masih belum pun di’selesaikan. Kami khuathir perkara ini akan meningkat’kan sensitiviti jutaan pekerja Indonesia di’sini, yang mungkin akan berdendam dengan rakyat Malaysia yang tidak bersalah. Apa kata anda?

Monday, June 15, 2009

(Gambar) Feminin & Res2 Selepas 15 Tahun…



Dari kiri : Erin res2, Along feminin, Baby res2, Yatt res2 & Watie res2.yakin anda masih ingat lagu ‘Untukmu’ nyanyian kumpulan Feminin yang pernah menjadi kegilaan remaja 15 tahun dulu. Seronok juga bila teringat kenangan lama, waktu itu saya hanya’lah budah sekolah rendah pakai seluar senteng warna biru gelap.
Selepas 15 tahun, atas inisiatif mereka telah membuat majlis ala-ala reunion dengan beberapa kumpulan lain seperti Res2, 4U2C, Feminin, Elite, Nico, Shade & Freshies. Kalau dahulu, penampilan Feminin terkenal dengan warna-warna striking, kini salah seorang ahli Feminin, Along sudah pun kelihatan lebih ayu. Pendek cerita, layan’kan gambar selepas ini…
Ini video klip untuk mengimbau kenagan masa dulu,lagu: untukmu http://www.youtube.com/watch?v=IBnxIsAUpw4

































Sunday, June 14, 2009

Adam Akui Tergoda Dengan Kris Allen!


LOS ANGELES: Selepas berbulan-bulan seksualiti naib juara American Idol 8, Adam Lambert, diperkatakan, akhirnya diau membuat pendedahan kepada majalah Rolling Stone bahawa dia adalah seorang gay.


Malah dia mengakui turut menyimpan perasaan terhadap Kris Allen yang menjadi pilihan seluruh masyarakat Amerika Syarikat untuk bergelar juara American Idol bagi musim kali ini.


"Saya rasa bukan sesuatu yang memeranjat bagi semua orang apabila mengetahui saya seorang gay. Sebaliknya, saya rasa bangga dengan seksualiti saya ini. Ia adalah sebahagian daripada diri saya," katanya kepada majalah muzik tersebut.


Awalnya, Adam memang bercadang untuk menjelaskan segala-galanya tentang spekulasi itu sejurus selepas berakhirnya American Idol.


"Tapi akhirnya saya mengambil keputusan untuk mengambil sedikit waktu dan membiarkan majalah utama seperti Rolling Stone sendiri untuk memecahkan spekulasi tersebut.


"Lagipun saya tidak mahu kenyataan saya ini diputarbelitkan serta disensasikan oleh majalah lain dan saya juga tidak mahu dikaitkan dengan isu Clay Aiken. Saya mahu membuat pengakuan yang boleh menjelaskan kedaan diri saya dalam konteks yang sebenarnya," katanya secara jujur.


Adam yang merupakan peserta pilihan ramai hingga diramal menjuarai American Idol sebelum ini terus mengecapi populariti yang besar sewaktu menyertai program realiti hiburan tersebut.


Namun, fotonya berkucupan dengan lelaki sambil mengenakan pakaian feminin telah mencetuskan kontroversi apabila ianya ditemui di internet.


"Saya hanya memakai pakaian yang sebegitu sebanyak 3 atau 4 kali. Sudah tentu saya mengambil foto setiap kali berpakaian sebegitu kerana saya kelihatan begitu menarik sekali. Tapi saya tidak memakai payu dara palsu sebab itu bukan saya," katanya.


Tentang perasaannya terhadap Kris Allen yang turut menjadi teman sebiliknya, Adam berkata, dia sama sekali tidak menyangka bahawa pihak pengurusan American Idol meletakkan dirinya sebilik dengan lelaki yang disifatkannya kacak dan comel itu.


"Saya selalu mendapati bahawa dialah satu-satunya peserta lelaki yang mempunyai lebih tarikan jika dibandingkan dengan yang lain dalam American Idol. Dia baik, menarik dan menepati citarasa saya, tapi dia sudah memiliki isteri.


"Namun, dia seorang yang sangat liberal dan berfikiran terbuka tetapi pada waktu yang sama dia adalah seorang lelaki yang 100 peratus lurus dan sejati," katanya secara terus–terang.


Adam juga akui tidak mempunyai masalah apabila peminat wanita menjerit bagaikan histeria sewaktu beraksi di atas pentas.


"Saya suka apabila wanita menggilai saya. Saya rasa diri saya menggiurkan apabila diperlukan sebegitu," katanya.
Pendedahan Adam itu telah mendapat pujian daripada Gay & Lesbian Alliance Against Defamation (GLAAD).

"Semakin ramai masyarakat Amerika yang mula memahami gay dan lesbian dan ini dapat meningkatkan kesedaran, pemahaman serta penerimaan mereka terhadap golongan yang seperti ini," katanya presiden Glaad, Neol G Giuliano.

Kutipan Syurga Cinta Cecah RM2.5 juta


Filem Syurga Cinta lakonan Awal Ashaari dan Heliza AF berjaya memungut RM2.5 juta dan menjadi filem komedi romantik paling banyak kutipannya selepas Cinta (Khabir Bhatia, RM2 juta) untuk tempoh 5 tahun kebelakangan ini.


Perkara ini dinyatakan produser David Teo yang menganggap ia satu kejayaan kepada Metrowealth Movies dan semua krew serta pelakon Syurga Cinta arahan Ahmad Idham itu.


"Saya gembira dengan sokongan penonton yang rata-rata berpuas hati dengan filem ini. Ia satu kejayaan kepada kami dan memberi semangat untuk menerbitkan filem yang lebih bermutu. Ia juga memberi petanda yang baik bahawa filem yang tiada sentuhan fizikal antara hero dan heroin pun masih boleh diterima ramai.

"Mesej dakwah yang disampaikan dalam bentuk santai dengan ringan itu nyata memberikan kesan," kata David yang juga pencetus asal konsep cerita cinta itu.

Selepas versi filem, Metrowealth sedang menghasilkan Syurga Cinta untuk versi drama TV pula tetapi menukarkan beberapa watak utamanya.

Ketika ini Metrowealth mempertaruhkan pula filem terbarunya, Jangan Pandang Belakang Congkak juga arahan Ahmad Idham dan sambutan lebih hangat diberikan kepada filem komedi seram itu. Ia dibintangi oleh Mazlan Pet Pet, Cat Farish, Shaheizy Sam, Lisa Surihani dan ramai lagi pelakon terkenal.

David berharap agar sambutan Jangan Pandang Belakang Congkak akan lebih berjaya lagi berbanding Jangan Pandang Belakang walaupun ia berdepan dengan banyak filem lain di pawagam ketika ini seperti Drag Me To Hell, Terminator Salvation, Blood: The Last Vampire dan Monsters Vs Aliens.

Friday, June 12, 2009

Merong Mahawangsa: Filem Terakhir Yusry?

KL, 12 JUN 2009: memang bangga dengan perkembangan dunia filem Malaysia yang terus berkembang maju. Selepas filem Syurga Cinta, sekarang orang kita serbu panggung pula untuk melihat filem Jangan Pandang Belakang Congkak. Dengar kata, ia juga mendapat sambutan.

Terbaru, ada lagi filem menarik tengah dibikin. Filem itu adalah epik Merong Mahawangsa arahan anggota KRU, Yusry Abdul Halim. Difahamkan, filemnya berbajet besar dan menggabungkan ramai pelakon tempatan dan luar negara seperti China, United Kingdom, Sweden, Australia dan Hong Kong.

Disebabkan filem itu tentang Putera Rom bercinta dengan Puteri China, lalu KRU Studios melamar Hang Tuah kita, Stephen Rahman-Hughes, untuk memegang watak utama. Pelakon lain adalah Datuk Rahim Razali, Vanidah Imran, Kuswadinata, Mano Maniam, Cico, Ummi Nazeera serta bintang dari luar negara seperti Jing Lu (China), Henrik Norman (Sweden), Keith Chong (Hong Kong) dan Gavin Stenhouse (UK).

Hai, Yusry tak mahu jemput Miss Propa berlakon sekali ke? Mana tahu ada watak tukang gosip macam Murai Batu ke. Bolehlah berkawan dengan Garuda. Tapi Garuda dalam filem ini khabarnya kumpulan lanun dan bukan burung gergasi. Jadi, kita tunggu jelah macam mana hasilnya nanti.

Tapi dengarnya, ini filem besar terakhir arahan Yusry. Kenapa? Dah serik nak buat filem ke Yusry?

Thursday, June 11, 2009

Diserang: Haleeda Serah Kes Pada Polis


Tiada sebarang cuti diberikan kepada pelakon dan penyanyi Haleeda selepas berlakunya insiden serangan oleh isteri seorang pelakon di lokasi drama bersiri Kecuali Cintamu di Bukit Jelutong, Shah Alam, Jumaat lalu.Difahamkan, serangan dan pergaduhan itu dipercayai berpunca daripada salah faham dan cemburu buta sehingga mencetuskan kekecohann yang akhirnya memaksa Haleeda membuat laporan polis.Perkara ini telah dimaklumkan Penerbit Eksekutif, Kecuali Cintamu, Suriyati Sidek, sewaktu dihubungi murai.com.my tengahari tadi"Tiada cuti diberikan kerana Haleeda sendiri tidak minta untuk diberikan sebarang pelepasan. Malah, selepas kejadian itu berlaku pun, Haleeda masih datang ke lokasi dan menjalani penggambaran seperti biasa.
"Sungguhpun begitu, secara kebetulan, Haleeda memang tidak terbabit dengan shooting selama 2 hari bermula hari ini dan esok. Jadi, setidak-tidaknya, Haleeda boleh menggunakan masa begini untuk menenangkan fikiran serta berehat. "Apapun, kita sudah berbincang dengan semua artis yang terlibat dalam drama Kecuali Cintamu supaya tidak membabitkan sebarang masalah peribadi sewaktu berada di lokasi. "Mujurlah ketika kejadian kecoh yang itu berlaku, penggambaran baru sahaja habis dan pihak kami turut berusaha untuk menenangkan situasi. Namun kita sendiri tidak boleh campur tangan dalam hal peribadi krew dan pelakon kerana ia di luar bidang kuasa kami. Apa yang boleh kita beri adalah nasihat," katanya. Sementara itu, Haleeda atau nama sebenarnya Halida Mazlin Badaruddin, 37, telah pun membuat laporan polis selepas kejadian yang tidak diingini itu berlaku pada Jumaat lalu, kira-kira jam 10 malam. Haleeda menjelaskan bahawa kejadian yang berpunca disebabkan salah faham dan cemburu buta wanita terbabit terhadap suaminya yang juga seorang pelakon drama itu. Ia kemudian bertukar menjadi serius apabila ada pihak tertentu telah masuk campur. "Kejadian mungkin berlaku kerana saya meminjam kereta milik seorang pelakon lelaki berikutan kereta saya dihantar ke bengkel, tetapi saya rasa perkara itu (meminjam kereta) tidak diketahui isterinya. "Apabila isterisnya mengetahuinya, dia terus menyerbu ke lokasi penggambaran malah menghubungi pihak media untuk datang sekali merakamkan kejadian," katanya dalam laporan kepada Harian Metro, hari ini. Berikutan itu, bekas isteri kepada pemain bola sepak Azman Adnan yang juga pernah popular dengan lagu Setia Kasih ini turut menyifatkan bahawa serangan yang dilakukan secara terancang itu bertujuan untuk mengaibkan dirinya. Malah, dia juga tidak menafikan pembabitan individu bergelar Datuk yang mempunyai kaitan dengan kejadian itu. Sungguhpun begitu, Haleeda lebih senang menyerahkan hal itu kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. Drama Kecuali Cintamu terbitan produksi Asia Media Content (AMC) adalah produksi mega terbaru lakonan Haleeda dan pelakon terkenal lain seperti Aman Shah, Mustapha Kamal, Nanu Baharuddin dan Ashraf Muslim. Ia ke udara di Astro Prima dan menjadi sebahagian daripada program realiti TV Anak Wayang yang ketika ini bersiaran di Astro Ria. Apa yang menarik, peserta pertandingan Anak Wayang akan berpeluang berlakon dalam Kecuali Cintamu selepas mereka menjalani ujian lakonan serta diundi oleh penonton Astro Ria setiap minggu.

Wednesday, June 10, 2009

Shukery Hashim Meninggal Dunia


KUALA LUMPUR, 10 JUN 2009: Pelakon terkenal, Shukery Hashim, 55, meninggal dunia dalam keadaan nazak di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), di sini, kira-kira jam 1 petang tadi, selepas 3 bulan menderita penyakit barah pankreas.

Shukery dimasukkan ke HUKM pada 4 Mei lalu bagi menjalani rawatan lanjut selepas menjalani pembedahan selama 6 jam di Hospital Selayang pada 24 April lalu.

Perkara ini telah disahkan oleh rakannya, pelakon Den Wahab yang sempat menjenguk arwah di hospital berkenaan sekitar jam 12 tengahari tadi.

"Saya menziarahi arwah apabila diberitahu bahawa dia telah dimasukkan ke HUKM. Bila saya sampai, arwah memang tengah nazak. Keadaan beliau sudah bertambah teruk sejak awal pagi lagi.

"Malah, pihak hospital sendiri sudah pun memaklumkan kepada keluarganya bahawa arwah sudah tidak ada harapan untuk diselamatkan lagi. Apabila saya telah meninggalkan kawasan HUKM, tiba-tiba saya diberitahu arwah bahawa arwah sudah tiada. Hasrat saya untuk memaklumkan keadaan arwah yang sedang tenat kepada semua kawan-kawan langsung tidak kesampaian," kata Den.

Ketika ini jenazah Allahyarham telah dibawa di kediamannya, di Taman Fairuzah untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan di Taman Watan, Ampang selepas Asar hari ini.

"Tapi saya tidak pasti di mana jenazah arwah akan dikebumikan. Saya hanya diberitahu oleh anak arwah bahawa mereka bercadang untuk mengebumikan jenazahnya di Keramat. Lagipun arwah pernah berpesan supaya cepat-cepat kebumikan jenazahnya kalau sudah tiada," katanya.

Ketika hayatnya, Shukery yang pernah membintangi filem seperti Rahsia, Syahadat, Pesona Cinta, Seri Dewi Malam, Janji Diana dan Syhhh.. Dia Datang. Beliau juga membintangi puluhan drama seperti Di Mana Kasihmu, Cinta Gila dan 3T.

Shukery yang dilahirkan pada tahun 1954, merupakan anak jati Langkawi, Kedah. Beliau mendapat pendidikan di merata tempat termasuk Sekolah St Michael, Alor Setar dan Sekolah Jalan Raja Muda, Kuala Lumpur.

Sepanjang pembabitannya dalam dunia seni, Shukery pernah menerima 3 anugerah dalam industri seni di Malaysia iaitu Pelakon Terbaik Anugerah Sri Angkasa 1990, Pelakon Drama TV Terbaik Anugerah Sri Angkasa (1994) dan Pelakon TV Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (1995).

Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham dan semoga Allah SWT melimpahi rahmat ke atas roh beliau. Al-Fatihah.

Tuesday, June 9, 2009

(Gambar) Megan Fox Datang Singapura, Malaysia Bila Lagi?







Megan Fox berada di Singapura. Singapura! Singapura beb! Jelas mata memandang dari Malaysia.

Aku tiada maklumat rasmi apa yang Megan Fox buat di Singapura tetapi aku sebagai peminat tegar Megan Fox, aku mahukan beliau datang ke Malaysia dan berbikini di’hadapan KLCC.

PETRONAS sudah membawakan t-shirt & cenderahati eksklusif Transformers: Revenge of the Fallen, apa salahnya bawa Megan Fox masuk Malaysia untuk premier filem tersebut.

KLCC akan secara tiba-tiba menjadi bangunan tertinggi di’dunia sekali lagi jika Megan Fox bergambar di’hadapan mercu tanda Malaysia itu. Come on PETRONAS!

Lagi gambar seksi Megan Fox selepas ini. Jangan lupa saksikan Transformer: Revenge of the Fallen 24 Jun ini.

Fabulous Cats Jawab Isu Lamar Zizi


KL, 8 JUN 2009: Dari awal kemunculan kumpulan The Fabulous Cats hingga kini, ahli kumpulannya sering berubah-ubah. Perubahan ini lebih ketara kepada ahli wanitanya selalu tidak bertahan lama. Buktinya, ahli asal wanitanya adalah Alyah yang kini tengah popular dengan lagu Tak Mungkin Kerna Sayang.

Selepas Alyah berlalu, Farhana pula tampil menggantikan tempatnya sehinggalah kini penyanyi cun dari Indonesia, Wangi muncul. Kemunculan Farhana pun tidak lama juga kerana digantikan oleh Wangi. Ini menerbitkan tanggapan bahawa anggota 'Papa Jahat' itu tidak boleh ngam dengan ahli wanitanya. Apa benar?

Terbaru pula, ada terhidu khabar angin mengatakan bekas pelajar Akademi Fantasia 7 (AF7), Zizi telah dilamar menyertai kumpulan yang turut popular dengan lagu Rimas dan Bawa Ku Terbang itu. Ikuti rakaman video Jangan Lari! bersama The Fabulous Cats, baru-baru ini.

Diana Danielle akui bercinta dengan Farid


NADA suaranya cukup girang. Selain gembira dapat kembali ke pangkuan ibu tersayang, Norsiah Ramli, setelah 'berpisah' selama tiga bulan untuk menjalani Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), ada 'sesuatu' yang membuatkan gadis berusia 18 tahun ini cukup ceria.

Diusik mungkinkah ada 'seseorang' yang juga tidak sabar menantikan si pemilik nama Diana Danielle ini menamatkan latihannya itu, sambil ketawa, aktres ini hanya menjawab "tak adalah. Saya gembira sangat sebab dapat jumpa Mama".

Tetapi apabila cuba menyelami hati pelakon ini, Diana akhirnya tidak dapat 'menipu' dirinya lagi apatah lagi bila diajukan tentang khabar angin yang bertiup kencang ketika dia masih berada di dalam PLKN, yang mengatakan gadis ini sudah pun mempunyai cinta baru.

Dan jejaka itu dikatakan adalah aktor popular Farid Kamil.

"Memang perkara itu betul...saya tak nafikan dan sebenarnya saya memang tidak jangka langsung. Tapi, saya tak mahu ulas lebih-lebih tentang perkara ini, ye. Cukup-cukuplah apa yang saya belajar menerusi pengalaman yang lalu.

"Kita bercakap tentang perkara lain sajalah," tutur Diana sambil cuba mengalih topik.

Ketika khabar angin itu mula tersebar, ramai yang tidak pasti sejauhmana kebenaran hubungan mereka itu, apatah lagi Farid juga sebelum ini telah digosipkan menjalinkan hubungan cinta dengan seorang lagi aktres muda, Lisa Surihani.

Malah, tidak pasti pula bagaimana Farid dan Diana dapat 'menjalinkan' hubungan memandangkan Diana sedang menjalani Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) selama tiga bulan sejak Mac lalu dan pastinya sukar untuk berhubungan.

Ibunya yang diajukan tentang hal ini ketika itu juga hanya ketawa membaca kisah anaknya itu yang dikatakan mungkin sedang mengamalkan hubungan cinta 'jarak jauh' dengan aktor tersebut. Menurut Norsiah, dia akui Farid dan Diana memang berkawan baik, namun dia juga tidak tahu adakah mereka benar-benar serius.

Ditanya bagaimana mereka 'menjaga' hubungan tersebut sepanjang Diana berada di PLKN, pelakon ini tetap mengelak untuk menjawab soalan tersebut.

Namun, pelakon yang sebelum ini pernah berkasih dengan pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof itu akui, hubungannya dan Farid pada asalnya memang bermula atas dasar persahabatan.

"Itu saja yang boleh saya cakap. Farid adalah lelaki yang baik. Dia seorang yang 'cool', itulah yang membuatkan saya cukup kagum dengannya," kata Diana yang terus enggan berbicara tentang hal itu.

Menurut pelakon yang popular menerusi drama bersiri AirMata Maria dan Farah Syakirah ini, dia lebih selesa untuk bercakap tentang perancangan karier seninya setelah 'berehat' selama tiga bulan dulu.

"Saya sekarang tengah berehat selepas tamat PLKN pada 7 Jun lepas. Mungkin sebelum saya terima tawaran baru, saya dan Mama akan pergi bercuti dulu, kemungkinan ke Indonesia dan Australia.

"Selepas itu saya akan menyambung pelajaran di University of Nottingham di Semenyih, Kajang bulan depan dalam bidang biosains. Nampaknya, penatlah Mama nak menguruskan jadual seni dan pelajaran saya," kata Diana yang akan cuba membahagikan masa sebaik mungkin antara kerjaya dan pelajarannya.

Katanya lagi, dia juga akan meneruskan projek penghasilan album sulungnya di Jakarta tidak lama lagi yang sudah tertunda agak lama itu.

"Memang banyak sebenarnya benda yang nak kena buat. Album tetap akan diteruskan begitu juga dengan tawaran berlakon yang masih lagi saya pertimbangkan.

"Sekarang ini saya tengah tunggu jadual kelas pengajian saya terlebih dahulu, barulah senang nak merangka aktiviti-aktiviti lain juga," katanya yang berduet dengan Imran Ajmain dan Nabil menerusi lagu Radio yang kini semakin kerap diputarkan di stesen-stesen radio.

Ditanya tentang 'kehidupan' barunya setelah tamat PLKN, kata Diana, dia akui sudah mula rasa rindu terhadap kawan-kawan di kemnya dulu. Namun, tutur Diana, apa yang penting, pengalamannya di PLKN ternyata banyak mengubah hidupnya menjadi seorang yang lebih berdisiplin.

"Sekarang ini saya pantang tengok barang bersepah sebab ketika di kem dulu, kami kena sentiasa pastikan bilik dan tempat tidur kemas. Saya juga dah terbiasa bangun awal pagi sehinggakan Mama cakap "I have a new daughter!".

"Tetapi masalahnya sekarang berat badan saya sudah bertambah 7kg. Maklumlah, asyik makan saja ketika di kem. Tetapi saya tidaklah tertekan sangat kerana saya tahu, bila saya kembali aktif dengan kerja-kerja saya selepas ini, secara automatik berat saya akan berkurangan," kata Diana.

Monday, June 8, 2009

(Gambar) Mimik Lucu Seorang Wanita Bernama Manohara




Berkahwin pada usia muda, walaupun sudah berumah tangga, Manohara masih mengekal’kan sikap keanak-anakan beliau dengan menghadiah’kan media beberapa aksi mimik muka yang lucu. Layan’kan…

Kes Manohara di’dera mendapat liputan meluas daripada media di’ Indonesia & Malaysia berikutan terdapat beberapa dakwaan yang bertindan. Sehingga kini, ramai yang berpendapat dakwaan keluarga Manohara adalah tipu belaka termasuk’lah seorang aktres Indonesia, Nirina Zubir.

Nirina Zubir berkata, soal penderaan Manohara ini melibat’kan sensitiviti 2 buah negara. Namun, Manohara sepatut’nya mengambil sikap yang lebih serius & jujur untuk menyelesai’kan perkara ini. Sepatut’nya, Manohara lebih berani & menunjuk’kan kesemua bukti-bukti yang kukuh atas semua dakwaan keluarga beliau. Buat masa ini, Nirina Zubir mengaku tidak percaya dengan Manohara.

“Ini adalah persoalan negara. Kalau berani jangan tanggung-tanggung, perlihatkan dulu hasil visum. Karena ini sudah bawa-bawa nama negara, bikin aku jadi emosi saja,” ujar Nirina

P/s: Apa kes? Orang Indonesia sendiri pun dah tak percaya, ini’kan orang Malaysia

Sunday, June 7, 2009

(Gambar) Perkahwinan Brian & Nana - Kereta Merc & Motor Besar
















Mungkin sekarang musim artis berkahwin, baru sahaja Adlin Aman Ramli melangsung’kan perkahwinan, kini Nana penyampai radio(DJ) pula mengikut giliran mereka. Semalam, berlangsung’lah sudah majlis perkahwinan pasangan bahagia Nana & Brian. Untung’nya mereka di’arak oleh puluhan motor berkuasa besar menjadi daya tarikan kepada ramai jemputan yang turut serta. Istimewa’nya lagi, mereka berdua turut menghadiah’kan sebuah kereta mercedes buat ibu tersayang. Cuma, ada satu je! sewaktu membelek-belek koleksi gambar ini. Rambut Brian, kenapa tidak potong ya? Kurang hensem’lah bro…





Saturday, June 6, 2009

(Gambar) Diana Danielle Berbaju Celoreng Dihias Bunga Raya


Diana Danielle bakal menghabiskan tempoh latihan khidmat negara dalam tempoh seminggu, selepas ini beliau kembali mewarnai dunia hiburan tempatan. Rindu juga! untuk lihat semula kemunculan’nya, mungkin’kah selepas ini beliau akan membawa lebih gosip atau pun cemerlang dengan kareer’nya?

Layan’kan sahaja koleksi gambar Diana Danielle, masih fresh ni!

Wednesday, June 3, 2009

(Gambar) Munna Hafiraniza Model Iklan Celcom Bercium Teman Lelaki


Berapa banyak hot daa? Terbaru, gambar Intan Ladyna bersama Mona Hafiraniza, awek pelakon iklan Celcom yang pernah popular dengan dialog ‘Awak nampak birulah’ di’papar’kan di’sini untuk tatapan anda.

Mona Hafiraniza, merupa’kan gadis yang memakai baju berwarna hitam konon’nya telah berkahwin .



Saya terjumpa sekeping gambar aksi panas Mona Hafiraniza berciuman mesra dengan teman lelaki’nya, yang sekali pandang macam mat bangla jual karpet. Menurut sumber, Mona Hafiraniza sebenar’nya sudah pun berkahwin pada tahun 2007. Saya menemui satu set gambar kahwin’nya di’ Fotopages milik CandidSyndicate.

Ada juga ura-ura mengata’kan bahawa diri’nya sudah pun menjanda beberapa bulan lepas, namun kami masih tidak dapat kesahihan dakwaan tersebut. Lihat gambar seterusnya…


Tuesday, June 2, 2009

(pic) mesra pelakon upik abu dan laura



(Gambar) Majlis Penyerahan Album Perkahwinan Mawi & Ekin






Sejak berkahwin, populariti Mawi menjunam turun sehingga amat jarang kita dengar cerita’nya di’ akhbar. Mungkin juga Norman & Memey sudah mengalih tumpuan media, sehingga mengabai’kan Mawi buat seketika. Berbalik pada cerita, kumpulan Artcreative Photography telah di’pertanggungjawab’kan menyerah album perkahwinan Mawi & Ekin ini bertempat di’ LC Katering Johor Bahru. Lagi gambar selepas ini…